Nuffnang Ad

Tuesday, 31 August 2010

53th tahun umurnya

HUJAN MERDEKA

Di langit Ogos
awan gembira mengkhabarkan
hujan merdeka turun lagi
untuk kesekian kalinya
membasahi bumi keramat ini
dinginnya merangkul perasaan nusa
syahdunya menyelimuti hati pembela
damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa.

Telah kutemui mutiara yang tersembunyi
dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan
kukecapi aroma pembangunan
kukucupi wangian pembebasan
dan telah kuwarnai kanvas jati diri
mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.

Hujan merdeka turun lagi
titisnya menjelajahi hati srikandi
pertiwi tersenyum menerimamu
memeluk janji yang termetarai
harapan yang terkota
teguh mengepung cinta.

Terima kasih, hujan merdeka
walau langit Ogos berlalu
titisnya membasahi sepanjang musim.

"ZULKIFLI MOHD TOP"
"Universiti Malaya"

Kita sebagai rakyat Malaysia sudah pasti punya peranan masing-masing mencorak perjalanan sejarah negara tercinta. Setidaknya kita berperanan mencorak Malaysia Baru untuk generasi mendatang - generasi anak cucu kita! Usah lagi berpeluk tubuh! HAPPY 53th MERDEKA DAY, MALAYSIA

Sunday, 29 August 2010

Menderma kepada yang memerlukan

Dah beberapa hari, we all mengemas rumah, and ketepikan barang-barang yang nak buang ke tong sampah ataupun mcm yang nak didermakan. Antaranya, carseat, buku-buku tinggalan penghuni lama, some baju and a fews bric-and-bracs.

We all tak tahu kat mana nak simpan sebabnya dah terlampau semak sangat dah rumah kami yang sekangkang kera nie...so udahnya we decided untuk mendermakan aje ker The Salvation Army aka Salvos. The Salvation Army nie adalah satu organisasi Kristian terbesar di dunia. Mereka nie memang salah satu badan yang telah berada semala 130 tahun di Aussie nie. Mereka bertanggungjawab untuk bab-bab kebajikan homeless people. Untuk winter baru nie, they all menyediakan makanan dan jugak meminta derma selimut kepada yang memerlukan.

Konsep kedai Salvos nie, kepada orang yang menderma barang-barang, nanti pihak berkenaan akan memilih, yang bersesuaian dn yng elok, pastu dijual balik kepada public. Yes !!! itu konsepnya...menderma secara percuma barang-barang, kemudian depa jualkan balik. Duit tu la yang digunakan untuk membeli segala barang keperluan homeless peoples. Mana barang-barang yang kita nak dermakan tu, just letak aje kat depan kedai Salvos nie, tak kira masa. Tapi baru-baru nie, ada jugak isu mencuri barang-barang derma nie oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. I thought all peoples here jujur, but ada jugak yang tak makan saman.

And tetiba I was thinking, ada tak konsep mcm nie kat Malaysia...I think Malaysian people masih tak dapat nak tak dapat nak terima pakai barang-barang 2nd hand nie. Maybe sebab kita rasa, kita masih mampu membeli yang baru. Here, 2nd hands goods mcm elok kualitinya. I think, kalau konsep kedai nie dibawa ke Malaysia, no more dalam suratkhabar, orang susah meraih simpati dengan meminta derma atau tiada lagi rancangan BersamaMu TV3.

Saturday, 28 August 2010

Bila sahur aje, layan nie

Entah mcmana, I bumped into a few reviews pasal this Samarinda series, Syurgamu Ramadhan. I pun dah bosan layan cerita orang putih nie, and dah lama sangat tak tengok cerita-cerita Melayu. And now, totally melayan cerita nie online aje and my students pun ada bagi a few links untuk tengok cerita-cerita Melayu lain. Terima Kasih, daun keladi...kalau jumpa link, kita share lagi..hehehehehhe.

SINOPSIS SAMARINDA SYURGAMU RAMADHAN Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri… Itu kisah 16 tahun lalu… Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya…Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bungsunya… Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia. Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian… Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun… Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka. Ramadan menjelang tiba…. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama ibu dan ayah… Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan mereka dengan buruk buat selama-lamanya? SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam…..

Para pelakon mmg kelas, Elly Suriati mmg tak payah dinafikan lakonan memang best, berjaya membawakan watak yang lebih tua dari usianya. All the face expressions; marah, sedih, berjaya dibuatnya. Eira Syazira pun bagus lakonannya. Tak perlu bermekap tebal, berbulu mata palsu semua sebab die mamang natural beauty. So far, lakonan Eira Syazira tak pernah menghampakan. Hope she will be a good actress someday.

Ungku Aziz is unknown actor, I pun tak tahu samada die pernah berlakon any movies or dramas before. First, I thought Akashah, rupanya bukan. And for Zarina pulak, mcm mengada-ngada pun ada jugak. She tried to be Ifa Raziah mcm dalam Seputih Qaseh Ramadhan.

Tetapi bagi I, watak anak-anak yang menghidupkan cerita ini. Bagus lakonan all the children, membuat airmata I meleh-leleh selepas sahur. Cerita yang bagus untuk Ramadhan kali ini.

Friday, 27 August 2010

Dah raya ker?

Sebelum pergi sekolah, Danish the Menace dok order...."Mummy, nanti buatkan ayam panggang yer"...Okay Boss !!!! So, godek-godek blog Ayu, jiran sebelah, ambik resepi tapi tak berapa nak jadi macam yang Aiyu buatkan tempoh hari ler...nie jadi yang macam versi Kelantan punya. Sedap jugak. Nanti ajar Kak Gina, boleh tak, Aiyu ?

Aiyu jiran sebelah semalam buat nasi himpit berkuah kacang..ehhhh, sama la menu berbuka kiter tapi I buat dengan rendang ayam atau lebih kepada kari ayam aje. Kuah kacang ayu nie dalamnya ada ayam...versi Jawa katanya. Hmm, biasanya, yang I pernah rasa, orang taruk daging, nie first time cuba yang ada ayam pulak.

I punya version of nasi impit berkuahkan rendang/kari ayam. Nak bagi kering sikit lagi, tapi nanti tak berkuah pulak bila nak makan waktu sahur...udahnya dah macam kari ajer. Lagi sedap letak kentang, tapi barang dapur banyak yang dah habis, so togel ajelah lauk ku ini.

Masa makan nie, mcm rindu aje nak makan kuah kacang dan rendang Ibu. Nie okay lagi...tak tahu ler malam raya macam mana..banjir gamaknya Adelaide nie.

Barang Dapur

Bila time winter nir, ingat kan panas aje bibir boleh pecah, sesejuk pun bibir terasa cepat keringnya. Apa lagi, bergegas le ke farmasi mencari lip balm. I thought Chapsticks nie okay, rupanya tak..tak suka flavour strawberry tu.

Kalau nak beli barang-barang dapur especially on barang mcm ala-ala Asian sikit, Daddy Jack suka pergi kat Central Market cos banyak pilihan compare to Asian Groceries yang ada kat belakang rumah. Tapi memang betul la...ada a few things yang tak ada kat kedai belakang rumah nie like kopi O Aik Cheong nie. Kalau waktu bekerja dulu, kopi nie selalu minum ngan Azian kat our coffee corner. Kat sini, kebanyak kopi mcm kopi segera ala-ala NESCAFE tu. I tried a few tapi rasa pening semacam la. Pernah nampak serbuk kopi Kapal Api kat sini, tapi tak ingat kat mana. One coffee yang I rindu jugak is Red Guara Coffee, selalu beli from Elyn. Balik Malaysia, nak minum puas-puas.

Untuk persiapan raya konon, padahal dah sebulan dalam almari tu. Udahnya nanti nak kena pi beli lagi. Harapnya, ada lah lagi stok nasi himpit segera nie.

Danish beria-ia suruh beli daun pisang nie, suruh buat nasi lemak. Hmmm..tak buat pun lagi, beli masa sebelum puasa dulu.

Cili yang sedap dimakan dengan aneka jenis mee di bulan posa nie. Hmm...nie pun dah tinggal setengah botol dah, yummy....

Thursday, 26 August 2010

Hal perempuan

Remember this entry ? Well, since that day, I never had my period, so macam free aje kan. Rasa seronok pun ada jugak, cos tak payah berbusah-susah apa semua cos the Gynae dah cakap that if after pasang Implanon, memang period agak tak stabil at it was okay. But, itu bukan tanda pregnant yer.

And I thought that this Ramadhan, insyaallah, my puasa will penuh jugak like 2 years in a rows la kan, tetapi, 2 hari lepas, hampa sungguh perasaan ku bila akhirnya, benda yang selama nie tak nak akhirnya terjadi jugak...hmmm, terpaksa la tak puasa nampak gayanya.

Bila buat entry psl pasang Implanon tu, macam-macam feedback I terima, mostly positif side tapi yang paling takut tu ada comments yang mengatakan berat badan akan naik. So, dengan tak pasal-pasal pi call my Gynae kat APSH, Dr Marlik Abu and he was suprised Im in Aussie. Tak sempat nak jumpa die before pergi sebab kelam kabut sangat. I told him about my Implanon and some side effects especially on berat badan tu. He said that, benda tu semuanya dikawal oleh otak kiter, so kalau kiter rasa nak makan aje, and then berat badan pun bertambah tapi kalau kita bijak, makan dengan elok, Insyallah, tak ler gemuk. Ada betul jugak tu. So far, alhamdulillah, berat badan I macam maintain aje.

Alangkah indah waktu itu

I still remember, me and my besties planned to have a small scale of Majlis Berbuka Puasa with students last Ramadhan. Tak plan pun, just majlis kecil-kecilan aje. So, Azian ajak pergi beli some foods at PKNS Shah Alam, and apa lagi semuanya nak beli, sebab semua nampak sedap dan menyelerakan. Lagipun, bila pikirkan majlis nie ada students, so ada rezeki lebih, so kiter share sama-sama. Udahnya, penuh boot kereta Azian dengan makanan hasil belian kami semua.

Rasanya nie la kali pertama dan terakhir kami berbuka bersama-sama. Tahun nie terasa serba kekurangan bila me was not around, and Lin dah bertukar department, cuma tinggal Ad and Azian sahaja. But they were okay, I guess. So, maybe next year, we plan and have our buka puasa bersama, yer. I miss you guys, here.

Bila lah nak habis ?

Everyone said that winter supposed to be over, tapi tak tahu la biler. Even makin sejuk dan hujan aje dah dekat 2 minggu dah nie. Tapi, kalau tengok pokok depan rumah I nie, macam dah nampak ler putik-putik bunga, menandakan musim spring sudah datang.

Susah betul bila asyik hujan, mendung aje. Nak keluar rumah memang malas, duduk dalam rumah pulak sejuk memanjang. Aihhhh, mana la bil elektrik tak melambung-lambung bila winter nie.....

Wednesday, 25 August 2010

Ada jugak, akhirnya

Daddy Jack always make my blood go upstairs when it comes to choose something. Eiiii !!!!! geramnya..semalam he said that macam bosan asyik makan mee, bihun atau yang sewaktu dengannya. Ye la, die mana berbuka dengan nasi, makan nasi bila sahur aje. So, bila tanya nak makan apa, tak dapat buat decision, sini mana ada Pasar Ramadhan, kalau ada, I pun tak masak ler..beli aje senang. Dah ler masa die sibuk pikir-pikir nak makan aper, jam pun dah pukul 4.30 petang. Yer la, nak makan luar, kedai Halal semuanya jauh-jauh and takut tak sempat pulak. Tetiba-tiba teringat sesuatu................

Kak Shidah pernah mentioned, ada kedai makan halal kat kawasan rumah we all nie. Anak die yang nampak and Kak Shidah pun perasan, tapi die belum berkesempatan nak mencubanya. Since we all dah buntu nak memikirkan menu untuk berbuka, we decided to give a try la jugak. Nama restoran nie Chicken Coop, dekat-dekat dengan ANZ Bank.

Untuk pengesahan kan, kat depan kedai nie ada tanda HALAL and the owner siap tunjukkan Sijil Halal lagi, but kedai nie still ada jual bacon as the owner, orang Pakistan and Muslim said, susah cari makan kalau kedai jual makanan 100% Halal..yer ker ? Fer Fella tu, boleh aje. The bacon tu dimasak menggunakan dapur asing and he will advised kepada Muslim apa yang boleh dan tak untuk dimakan.

Daddy Jack thought kedai nie ada jual pizza macam Fer Fella tapi just simple food aje like roasted chicken and some seafood meals aje. Hmm, okay la tu, dari nak gi jauh-jauh. Ehhh !!!! weekend nie kita makan pizza, nak ?

Varieties of salad here. Kedai nie baru bukak 2 bulan, so mcm agak kelam kabut sikit la. Lagipun pekerja tak berapa nak ramai. Daddy Jack said that die tak berapa gemar sangat kedai nie tapi disebabkan tak ada pilihan, hentam ajelah. Balik rumah, jiran sebelah tengah bersiap nak berbuka kat luar, kalau tahu awal, boleh join sekali.

So, nielah our meal untuk berbuka puasa semalam. Mashed potato and the brown gravy tu I buat sendiri sebabnya tak masuk dalam meal package from Chicken Coop. Ada macam ala-ala Kenny Rogers la pulak, kan ?

Tuesday, 24 August 2010

Tengok gambar ajelah

Belek-belek entry lama, tetiba ternampak entry pasar ramadhan di Taman Melawati, kalau bulan puasa, mmg ramai orang entah dari mana berkunjung ke sini. Tak tahu la apa yang hebat sangat makanan kat sini. Even artis pun ramai jugak yang menempekkan mukanya di sini. So far, pasar ramadhan nie tak pernah mengecewakan me and my family. Antara hidangan wajib di bulan puasa nie. Popiah basah nie. Memang terbaik, tambah sedap bila kuah lebih. Popiah nie favourite Ayah, kalau sesiapa pergi pasar ramadhan, kalau tak ada pergi pun kena pergi jugak sebab Ayah sure akan request popiah nie.

Ayam panggang pun mesti salah satu hidangan wajib jugak, kalau tak ada kat Pasar Ramadhan, Ayamas pun boleh jugak. Tapi, I dah ada satu resepi Ayam Percik yang kaw-kaw punya, resepi Ehsan jiran sebelah...super duper, marvellous punya sedap.

Nie pun sama, kalau kat Melawati, murtabak Pandan adalah satu kemestian. Nie pun favourite Ayah and Daddy Jack jugak. Nasib baik la kat Adelaide nie jumpa yang segera, nak buat sendiri belum ada keyakinan pulak. Maybe next time, yer.

Ikan Bakar Nelayan. Tapi banyak kali terkena jugak, especially ikan pari, jenis ikan mcm busuk tu..eiiii tak suka la. But my brother Hannan selalu update status die ikut menu berbuka, antara yang sering dibeli adalah Ayam Goreng Bob...ambik ler gambar, nak jugak tengok kesedapannya...

Cerita dulu dan sekarang

pic credit to Cik Google

Rasanya dulu, waktu sekolah rendah, bila bulan puasa aje sure terpaku depan TV dalam pukul 5 sebab nak tengok cerita Rumah Kedai. Ibu pun kadang-kadang bising jugak sebab lepas habis cerita nie, sambung pulak dengan drama Cina kat TV2 dalam pukul 6. Kalau ayah ajak pergi Pasar Ramadan macam berat aje nak pergi tapi bila pikir nak beli juadah berbuka, tinggalkan jugak. Dulu mana ada ASTRO ataupun online TV yang boleh repeat atau download banyak kali.

Drama Rumah Kedai nie lebih kepada mcm kisah dan tauladan. Kisah suami isteri, anak-anak, kehidupan dan macam-macam kisah masyarakat. Dah tak ada drama-drama macam nie sekarang, kan. Bila bulan puasa aje, cerita entah apa-apa. Maybe sebab dulu I kerja, balik pun lewat so tak ada masa nak tengok cerita apa semua.

pic from TV9.com.my

Masa bloghopping sana-sini, terjumpa banyak blog review pasal cerita Ular Emas nie at TV9. Some review said cerita untuk bulan puasa. Not bad jugak la, buat tatapan di kala kebosanan duduk rumah nie. Danish the Menace pun minat jugak layan cerita nie, so kenalah download untuk die tengok. Kalau die nak tengok, die cakap cerita ular. Daddy Jack pun layan jugak cerita nie..siap suruh I ikut cara watak perempuan dalam cerita tu Raudhah kalau tak silap I. Ikut cara bercakap, lemah lembut ngan suami apa bagai. I bukannya tak nak cakap lemah-lembut mcm pompuan tu, tapi kadang-kadang, sound you rosak sikit, cakap kena kuat. So, ada satu ketika tu, masa tu dah nak tido dah, so Daddy Jack and Danish dok tengok TV, I pulak tidurkan Ryan kat atas katil, saja aje I test Daddy Jck, cakap perlahan but still boleh dengar...tetiba die sound I..."You nie cakap aper..mengigau ker"..Hah !!! tu nak suruh cakap lemah lembut, gemalai apa bagai, iskh..iskh..iskh

Monday, 23 August 2010

Terpacak depan kedai

Kalau hari Ahad, all shops opened at 11am, termasuklah supermarket. We all pikir, tak adalah konsep menunggu depan pintu mcm yang terjadi di Malaysia, rupanya mana-mana tempat pun sama jugak yer. Coles kat belakang rumah nie memang kena pi awal-awal sebabnya kalau lambat, banyak roti atau buns yang dah habis.

Behave

Danish first certificate for his outstanding behaviour at East Torrens. Well done, Danish. Keep up a good work !!!!!.

Sunday, 22 August 2010

Menu hujung minggu

On yersterday ifthar, I only managed to buat bihun goreng ajer, selalu sangat makan mee, boring jugak. Ramai orang tanya, kenapa tak berbuka dengan nasi, entah la yer. Perut we all nie mcm tak lalu aje nak makan nasi bila puasa-puasa nie, so bila habis berbuka, I start to masak untuk sahur pulak. Masak pun simple-simple aje.

Jeng...jeng..jeng....I juga memberanikan diri untuk membuat this sardine puff, tak pernah nak mencuba untuk membuatnya, tapi sesekali teringin nak buat. Alhamdulillah, menjadi la jugak. So maybe today nak cuba buat guna inti karipap pulak.

Aiyu jiran sebelah tetap setia memberikan kami juadah berbuka puasa, kali nie 2 pinggan...mak aii. Aiyu !!! dah banyak pinggan Aiyu kat rumah Kak Gina nie, nanti Kak Gina balas satu-satu yer. Semalam, Aiyu buat Ayam Percik yang super duper sedap sehingga menjilat jari nie. Sedap tak terkata, nak resepi jugak, boleh tak?

Selain ayam percik, Ayu jugak bagi kami kuih kaswi nie. Baru plan nak buat kuih nie, tapi nak kena beli periuk kukus and loyang dulu, baru boleh buat. Maybe today nak kena carik jugaklah.

Danish the Menace akan membacakan doa untuk berbuka, baca doa makan ajelah, Daddy Jack yang bacakan doa berbuka puasa. Banyak benda yang we all nak kena ajar Danish especially bab-bab mengaji nie. Ada jugak orang hantar ke kelas mengaji kat sini, but so far kalau setakar Muqaddam tu, I boleh ajar la sikit-sikit.

Ryan the Lion pun sibuk jugak masa orang sibuk berbuka. Kita pegang nie, die capai benda lain pulak. Masa berbuka, kalau ada benda yang tak tumpah atau berselerak, memang tak sah ler.