Nuffnang Ad

Monday 29 November 2010

The Sydney Story - Darling Harbour


We all masih di Darling Harbour. After keluar from Sydney Aquarium, hujan masih lagi lebat, nak tak nak kena redah jugak, cos we're in such of hurry nak ke tempat-tempat lain lagi. Terpaksalah membeli baju hujan, yang tetiba naik harga. Singgah sekejap di Maritim Museum nie, tak masuk tgk pun, just nak beli fridge magnet aje. Lagipun nie macam muzium perkapalan aje. Tak excited pun nak melawat kat dalamnya.


Before datang Sydney, Daddy Jack dah buat senarai, apa yang die nak pergi and Hard Rock Cafe ada termasuk di dalam itinerarinya. Daddy Jack kata Planet Hollywood pun ada, ehhh bukan Planet Hollywood dah bungkus ker? Malaysia punya dah lama tutup ? Berkejar we all mencari HRC cos Daddy Jack nak pergi Rock Shop aje, nak belikan tshirt untuk the boys. Pusing punya pusing kat Darling tak jumpa jugak, then tanya reception counter, rupanya hanya di depan mata sahaja and TAK BUKA lagi..Daddy Jack confident that the shop dah buka tu yang die tak belikan the boys tshirt kat mana-mana tempat yang we all pergi, cuma beli fridge magnet aje. Tak aperlah, lain kali kita datang lagi yer.

Daddy Jack frust bila Hard Rock shopnya tak buka lagi so we all bergegas pulak ke Powerhouse Museum. Nie pun dalam agenda Daddy Jack jugak. Die nak pi beli merchandise AC/DC yang buat tour kat Australia bulan lepas, Nak beli some of the memoribilia kat sini. I suruh die jalan laju-laju dengan Danish cos lagi 10 minit aje muzium nie nak tutup, so I perlahan-lahan tolak stroller kat belakang die.

Powerhouse Museum nie tempat lebih kurang macam Museum of Applied Arts and Sciences, yang mempamerkan hasil karya, pameran artworks dan juga program-program teknologi yang telah merubah dunia sera cerita-cerita mereka yang telah mengilhamkan serta menghasilkan teknologi ini. Antara pameran yang ada di dalam nie like photography, art & design, fashion dan lain-lain yang berkaitan dengan eni. Memang bersesuaianlah tempat ini untuk me and Daddy Jack, yang masing-masingnya mempunyai background Art&Design.Tapi, tak sempat nak melawatpun dalamnya cos dah nak tutup, and lain kali kalau pi Sydney, nie merupakan tempat pertama yang we all akan pergi.

Then, we all decided nak balik ajelah. Kesian the boys, basah lencun satu hari. Nanti takut demam pulak. So, stop sekejap kat IMAX 3D depan nie untuk bergambar. Tu la baju hujan yang we all beli, harganya dalam AUD6 dollar aje. Kat Aussie, nie baju hujan mahal, apatah lagi payung. So kalau balik Malaysia nanti, nak beli payung banyak-banyak ler, bawak balik sini.

Sebelum balik, singgah sekejap kat sini. Apa pulak ada dalam nie...ni pulak my agenda. Dalam nie ada butik COACH. Terlepas rindu nak bau beg-beg COACH tu..hahahaha..beli tak ? hmmmm biarlah rahsia yer.

3 comments:

  1. mesti gina belikan beg coach tu..hehehhee

    ReplyDelete
  2. madam g..i miss you.take care di sana.

    ReplyDelete
  3. Kak Ty
    Biarlah rahsia....

    Ayna
    I pun miss you jugak, take care yer

    ReplyDelete