Nuffnang Ad

Saturday 27 November 2010

The Sydney Story - Luna Park

We all menaiki feri untuk ke Coney Island dalam pukul 1030 pagi. Cuaca agak mendung waktu tu, and memang dijangkakan akan hujan dalam pukul 12 nanti.

Perjalanan menaiki feri die selama 5 minit aje. taklah jauh mana pun tapi suka sebab dapat menikmati permandangan Sydney Opera House dan juga Sydney Bridge from the sea pulak. Danish suka sangat ambik gambar cruise ship nie, Lepas nie nak naik tu pulak..nak ke mana anak oiiii ? Kalau nak jugak, kita cuba naik kat Malaysia ajelah yer.

Feri nie ada yang boleh duduk luar kepada sesiapa yang nak menikmati pemandangan yang cantik. Ferinya tak sama macam Feri Pulau Pinang yang boleh angkut kereta semua. Feri nie hanya mengangkut penumpang aje.

Daddy Jack teringin nak naik Sydney Bridge nie untuk melihat pemandangan from up pulak. Tapi apakan daya, anak kecil nie siapa nak menjaganya. Lepas nie, kalau ada family member yang ikut, kita suruh they all tengokkan the boys, and kita pi naik atas tu yer.

Dah sampai at our top pit. Ingatkan turun aje from feri, jumpa lah tempat tu, rupanya nak kena berjalan dalam 10 minit..hmmmm, jauh jugak tu.

Our special helper..memang bersungguh betul die menolong we all, like tolong ambikkan gambar me and Daddy Jack, tolakkan stroller Ryan and even bawak all the foods dalam his backpacks. As a token of appreciation, belikan la die something sepanjang our tour nie.

Kali I dapat bergambar paling dekat dengan bridge nie.
Our picture taken by special helper. I nak train die jadi photographer la. Nie pun ambik pakai compact camera aje, belum berani nk bagi DSLR..tungge beli yang lain, then baru berani nak bagi guna DSLR.

Jauh betullah perjalanan ke tempat dituju. Sampaikan lalu bawah Sydney Bridge nie.

Here we come...its Luna Park. Luna Park nie macam amusement park la, tempat entertainment untuk kanak-kanak mahupun dewasa. I terasa nak pi sini bila tertengok fridge magnet kat rumah one of my gang's here. Tambah pulak, Daddy Jack mamang nak collect fridge magnet kat semua tempat yang we all pi.

Entrance fee ke Luna Park adalah percuma so masa we all sampai tu, mmg baru sangat bukak, so we just jalan-jalan di dalam tu aje sementara kaunter tiket dibuka. sambil tu boleh pilih, any games yang the boys berminat nak main. Tak semua permainan bolehdimain oleh kanak-kanak. Ada yang khas untuk dewasa sahaja. Kalau ada pun, adults kena temankan anak-anak main, tak boleh lepaskan anak main sendiri.

Luna Park nie tidak dibuka setiap hari, ada harinya die tutup untuk urusan menyelenggaraan. Nasib baiklah masa we all buat City Tour nie die buka on Monday, kalau tak, terlepas la peluang we all ke sini.

Berjalan-jalan dulu sambil pilih-pilih mana games yang sesuai untuk keluarga ataupun kids. Entah macamana, masa we all sampai, ramai budak-budak sekolah datang sini sambil beruniform, nak kata ponteng, takkan pakai baju sekolah, dahlah tu, ramai pulak. Rupanya, some schools ada buat field trip untuk students die and Luna Park termasuklah dalam aktiviti riadah mereka.

Nampak tak budak sekolah di belakang we all tu..entah macamana boleh terselit pulak gambar dalam our family picture pulak tu.

Kebetulan masa we all jalan-jalan, ternampaklah mascot Luna Park sedang merayau-rayau di kawasan park, so we all mangambil kesempatan untuk bergambar dengannya. Dulu Danish takut sangat dengan mascot-mascot nie, tapi bila dah besar berani dah. And now, Ryan pulak yang menjerit-jerit ketakutan bila nampak mascot.

The Lady of Luna Park. Entah kenapa I rasa muka die macam my ex-collegue kat my uni..I miss her a lot la. Tak sempa jumpa die masa my last day sebabnya die so busy sangat.

Our first ride is Ferris Wheel...ohh Daddy Jack, kenapalah pilih yang ini dlu. Daddy Jack cakap, kalau hujan lebat, maybe Ferris Wheel nie tak jalan..takut tak stabil the coach sebab angin kuat. Even tak hujan pun dah terbuai-buai dibuatnya kat atas tu.

Danish cakap, naik nie lagi takut masa naik Ferris Wheel masa Adelaide Showground dulu. Memang yer pun, maybe sebab coach die kecil then macam laju aje die berpusing.

Dapat capture these 2 pics of Sydney iconic. See, cuaca pun dah agak gloomy, kan..berkabus aje from atas nie.

Luna Park..a view from up there.

Our second ride is the Carousel...Daddy Jack tak nak naik, nak ambik gambar aje. mengelat sungguh ler. Udanhya me and the boys aje yang naik. As for Danish, die dah boleh on his own, so dah boleh naik and turun sendiri.

But for Ryan, FOC aje but the parents kena duduk dalam coach mcm ni aje, tak boleh letak anak kat atas kuda then berdiri sebelah. Aussie memang menetingkan keselamatan especially on children.

Then, Daddy Jack nak mencuba menaiki Wild Mouse roller coaster pulak dengan Danish. I ambik turn untuk tunggu dengan Ryan. Masa nie hujan dah turun dengan agak lebat jugaklah, but still boleh naik lagi.

See, habis lenjun semuanya. Dahlah I berbaju nipis, tak bawak pulak sweater apa semua. Mujur bawak sweater untuk the boys. Walaupun hujan, perjalanan haruslah diteruskan juga...huhuhuhuhu...

Stop sekejap untuk membeli some souvenir. Then, we all kena patah balik ke tempat we all turun jeti tadi untuk menunggu feri ke Darling Harbour. Apa ada di sana, hmmm..tunggu yer.

2 comments:

  1. Akak pun tgh mengumpul FM.ingat kan org pempoan je suka..heee

    ReplyDelete
  2. seronok kty tgk semua gambar2 tu

    ReplyDelete