Dah lama berhasrat nak makan nasi kerabu nie, tambah pulak Kak Azie orang Kelantan, so selalu la tanya mcmana nak buat, apa bahan sesuai apa semua...so as a conclusion, Kak Azie yang membuat pesta makan nasi kerabu. Actually, Kak Azie pun mmg nak buat majlis makan-makan sebabnya masa Raya Haji hari tu, Kak Azie tak buat apa-apa pun. We all datang awal ke rumah Kak Azie sebabnya nak menolong mengangkat bekas makanan. Antara yang Kak Azie buat sendiri, solok lada, ayam goreng (Kak Azie tak sempat nak buat Ayam Percik..ini pun dah okay dah !!!), ulam-ulaman, sambal ikan...and tak ketinggalan budu !!!!.
Anak dara Kak Azie...kerana main, lupa makan udahnya perut masuk angin. So minggu lepas, Yaya macam tak aktif aje. Kesian kat Mama and Papa, risaukan Yaya. Next time, makan dulu yer Yaya, then baru main puas-puas.
We all tak menyangka la cuaca akan sejuk, so atas berbungkus tapi pakai seluar pendek...nie Daddy Jack yer yang menyiapkan the boys. Danish okay lagi, sebab main bola, berlari sana sini, tak rasalah sejuk sangat.
But for Ryan the Lion, nak berkepit and berdukung aje. Tak dapat mengawal kesejukan. Memang sejuk la. Entahlah yer, walaupun dah masuk Summer, sekejap panas terik, pastu sejuk pulak.
Menurut Surah, husbandnya Shibi seorang hantu nasi kerabu. Dulu masa di Malaysia, mmg suka makan nasi kerabu. Walaupun bukan orang Kelantan, nasi kerabu jugak menjadi tarikan. One of my friend pernah cakap, makan nasi kerabu nie khas untuk orang berdiet, ada ulam-ulaman apa semua, kira mcm complete meals la. Yer jugak yer, tapi bila pikirkan nak membuatnya tu agak leceh..beli mungkin senang sikit, kan...hmmmm dasar pemalas sungguh la.
Sessi makan-makan kali nie hanya beberapa keluarga sahaja. As usual, my family, Aiyu, Haiza, Kak Ina and Kak Liza sahaja. Itupun rasa macam dah ramai dah. Kak Azie pilih buat kat park sebab senang, mak pak boleh bersembang-sembang, anak-anak bolehlah bermaid di playground sampai puas. Kalau kat rumah, ruangnya terhad, and then macam tak selesa aje. Bagus jugak idea tu yer.
Kak Ina and Kak Liza baru aje balik from Malaysia sebab mak mereka tak begitu sihat. Alhamdulillah, sekarang dah sihat sepenuhnya. Danish pernah cakap " Mummy, kita tak pernah ajak Aunty Ina and Aunty Liza datang rumah kita"...yer I memang akui, they all belum berkesempatan ke rumah kami..mana taknya, ada aje halangan like masa buat makan-makan on Hari Raya tu, they all terpaksa pulang ke Malaysia..ada emergency. Maybe nanti, I will do some more makan-makan.
Kak Azi hanya menyediakan Nasi Kerabu sahaja, tapi bila dah berkumpal..nah, penuh meja tu dibuatnya dengan nasi lemak, bihun Singapore, pancake, sandwich..air jangan cakaplah, berjenis-jenis, panas dan sejuk pun ada jugak. Memang meriah.
Daddy Jack melayan kanak-kanak riang ria ini makan sambil menyuapkan Ryan the Lion. Semuanya makan di dalam kesejukan. Tangan pun rasa mengigil aje.
Jeng...jeng...jeng...Kak Shidah dan tenteranya, tapi sayangnya Haji Arif tiada sebab terpaksa pulang ke Malaysia kerana ada urusan. Tapi Kak Shidah mampu menguruskan semuanya, mana dengan urusan anak-anak, her studies, mmg I salute la.
Sampai tengahari la jugak we all melepak disini...bila dah nampak masing-masing tak dapat menahan kesejukan dah, barulah beransur-ansur pulang. I rasa puas dapat makan nasi kerabu walaupun menurut Kak Azie , bahannya tak berapa nak cukup...ehhh..itupun dah kira okay dah pada saya, janji dapat merasa.
Salam Gina,
ReplyDeletewah ..makan terus ye,.
kty tgk nasi kerabu tu pun terliur..huhuhuuhuh..
ReplyDeleteKak Yan
ReplyDeleteDah lama tak makan nasi kerabu Kak Yan..terus makan, dah tak tahan sangat dah
Kak Ty
Kalau kat Malaysia, senang kak..rasa nak makan, main terjah aje, sini nak makan, kena godek resepi la