Nuffnang Ad

Sunday, 5 December 2010

Sambutan AidilAdha

Minggu balik from Sydney, on weekend tu ada buat majlis makan sempena Aidiladha dan juga majlis perpisahan kepada mereka yang akan pulang setelah selamat menyiapkan all their research dan bakal bergelar Dr. Since ramai orang Malaysia di Adelaide nie, so majlis makan-makan dibuat di padang sahaja, mudah dan juga luas tempatnya.

Kak Ros antara yang akan meninggalkan Adelaide pada bulan December ini, kalau tak silap on 11 December 2010. After 3 tahun berperang dengan buku-buku dan juga bahan bacaan, lepas nie Kak Ros kena berperang dengan lectures, students dan kerja-kerja office pulak. Kak Ros attached dengan Unimap (Universiti Malaysia Pahang) dan duduk denkat sangat dengan rumah Ayah. Kalau ada peluang, kita berjumpa di Kuantan la yer.

Sue pula bakal melahirkan anak sulungnya pada bila-bila masa sekarang. Tengah menunggu harinya. Ada 2 orang my gang here bakal melahirkan anak madi in Australia dalam December nie. Both families from Malaysia dah selamat tiba untuk menyambut kelahiran sulung mereka ini.

Ryan the Lion suka sangat dengan kek pisang made by Kak Azie. Tengok tu, berselera sungguh la die makan. Rasanya 2 keping habis kat die aje.

Kalau buat kat majlis kat park macam nie senang sikit, mak ayah duduk melayan kawan-kawan, anak-anak main sesama mereka kat playground. Lagipun playground sini ada pagar dan gate keselematan, so tak perlu risau kalau anak keluar and berlari ke tempat lain.

Ryan the Lion always dengan anak dara Kak Azie nie, Yaya. Best friend nie.

Kebetulan cuaca agak panas sedikit, so kebanyakan orang duduk berhimpit di bawah tempat redup. Tapi bila dah jumpa kawan-kawan, panas pun tak apa.

Rindu nak bebaju kurung. Akhirnya dapat jugak pakai baju cotton yang dibuat di Malaysia. Last pakai baju cotton masa mengajar dulu, lepas tu terus tak pakai dah. Bawa aje 2 pasang baju cotton, and merasa jugak pakai.

Man pun antara yang akan meninggalkan bumi Adelaide nie dalam masa terdekat, Januari nanti. We all akan kehilangan jiran yang banyak berjasa kepada kami sekeluarga, from mencarikan rumah sewa sekarang, tukar-tukar makanan yang sedap, teman untuk bersembang bila bosan, dan juga Danish and Ryan akan kehilangan kawan sepermainan. Ukail.

Teman lama dan baru. Seronok tengok Kak Z datang dengan 2 anaknya. Dapat jugak jumpa Kak Z, dah lama tak jumpa. Ada sekali Kak Z ajak pi rumah die, tapi ada aje perkara tertangguh so sampai sekarang belum berkesempatan untuk ke rumah Kak Z lagi.

Makanan punyalah banyak...kebetulan MYPSA (our comittee kat sini) ada buat majlis korban, so portion from the korban dimasak beramai-ramai, antaranya kari, rendang dan aneka lauk pauk lagi. Tu yang dimasak oleh orang yang dikhaskan masak, yang datang membawa potluck pun banyak sangat. Makanan sampai penuh meja tu.

Muli just came back from Malaysia, ayahnya sakit but sekarang nie dah okay dah. Seronok la balik Malaysia, kan, dapat jalan-jalan ke merata and makan tanpa had. Seronoknya..bilalah peluang me and keluarga yer?

Dah nak balik dah..panas pun semaki terik jugak. Better stay indoor, takur dehydrate pulak.

Sebelum balik, bersalam dulu dengan Kak Ros, manalah tahu tak sempat menghantarnya ke airport nanti. Apa-apa pun Kak, kita jupa kalau ada kelapangan di Kuantan nanti yer. Insyaallah.

Masing-masing dok mencari bekas masing-masing, so mana ada lauk yang lebih, bolehlah dibungkus bawa balik. I tak sempat nak bungkus apa-apa pun, paling sedih bila tak dapat merasa kuah singgang Kak Azie. Mana nak sempatnya, bersembang dengan member-member, then bergambar..tapi tak apa lah....apa yang ada tu kita ambillah. kalau tak ada pun tak mengapa.

5 comments:

  1. Bila dah kumpul dgn member lebih sedap bual dari makan..

    ReplyDelete
  2. happening sambutan raya kat sana

    ReplyDelete
  3. Kak Yan
    Memang betul kak, kalau dah jupa member, makan pun tak lalu, duk cuit sana sini aje

    Kak Ty
    Memang happening, tak terasa sedih pun, makanan pun lebih kurang macam raya di Malaysia aje

    ReplyDelete
  4. gina..cantik boot danish.. (lain lak ditengok saya ni)

    ReplyDelete
  5. Nor
    We all beli kat Malaysia, timberland

    ReplyDelete