Nuffnang Ad

Friday, 3 December 2010

Danish Sports Day Part II

Hari dah semakin panas, and yet ada banyak lagi games yang Danish belum main. Suasana hari sukannya tak sama dengan suasana hari sukan sekolah di Malaysia, penuh dengan warna warni, hingar bingar dengan jeritan kanak-kanak, muzik kuat dan juga hiasan bendera. Sini, mcm nie la keadaannya. Ada a fews parents aje yang datang untuk support anak-anak mereka.

Now, dah masuk game relay pulak. Ingatkan nak berlari berganti-ganti...rupanya tidak la.

Danish dah get ready dah bila turn die nie..tak sabar-sabar dah nie..nak kata lari tak lari, nak buat apa yer...

La..... lari sambil melompat atas bola nie rupanya..kesian Danish, termengah-mengah dibuatnya. Tapi nampak macam enjoy aje, kan.

Berhempas pulas jugak nak patah balik...rasa macam best aje Danish lompat atas bola nie, nanti nak suruh Daddy Jack belikan satu ler, boleh exercise sikit.

Ni la games yang paling Danish suka...ala, kecik sgtlah gambarnya tak nampak pulak apa namanya permainannya tapi yang pasti, hari-hari Danish practice main macam nie kat rumah, tak kira dengan Mummy or Daddy, kan.

Excited dah nie, tak sabar dah

Taraaa..sepak bola dalam gol.....kalau dapat award, dah lama dah Danish dapat untuk penjaring terbanyak.

Danish dan kawan-kawannya..depan die tu Indian boy, Shree from Malaysia jugak

Sanggup berulang-ulang kali nak menyepak bola nie. Kat sini, sukannya tak kisah, mainlah sepuas-puasnya sesuatu games tu. Tak ada pantang larangnya.

Budak negro nie, Isaac namanya (sebab dengar cikgunya panggil berkali-kali) memang nakal sungguh. Cikgu Danish, Mrs M seorang yang sabar orangnya. Kalau I, dah lama kena cubit budak nie.
Danish mencuba dan cuba lagi..dengan bersungguh nie

Nie la cikgu kelas Danish..Danish panggil cuma Mrs M aje. Rupanya Mrs M nie cikgu sandaran aje, after this untuk tahun depan dah tak ada kar East Torrens dah. Tgk cikgunya, casual aje ke sekolah, kalau Malaysia, kena berbaju kurung, kasut kena tutup apa bagai.

After that. kena gi main skipping pulak..nie I pun mintak ampun, semput nak terlompat-lompat. Tapi orang kata skipping bagus, untuk kurus. Nak kena cuba jugak nie.


Persatuan Ibu-Ibu bermesyuarat di tengah padang sambil menyaksikan anak-anak bersukan. Anak I ngan Kak Shidah and Kak Azie kelas lain-lain, so mmg tak samalah gamesnya.

Nasib baiklah kat sekolah Danish nie ada playground, so taklah melasak sangat Ryan the Lion nie. Lepaskan aje die main kat playground nie, senyaplah sikit.

Wah !!! terror Danish melompat...siap dua sekali. Nanti kita cari tali skipping, kita main berdua yer.



We all tak tunggu sampai habis, sebabnya Daddy Jack nak kena balik untuk bersiap ke masjid untuk sembahyang Jumaat pulak. Lagipun hari semakin panas, kesian pulak kat Ryan. And turned up, Danish balik bawak medal as a contestant dalam pertandingan lumba lari. Well done, Danish !!!!!

2 comments: