Nuffnang Ad

Sunday 20 March 2011

Berangkat ke JB


Seminggu selepas berlangsungnya majlis di Kuantan, we all berangkat ke JB pulak untuk majlis bertandang sebelah lelaki. Bagus sungguhlah tempat adik ipar ku ini seorang JB, sorang Penang..mmg syok dua-dua tempat nie. Adik Ipar sorang lagi and Daddy Jack, kat KL aje. Hopefully, Hannan and Rozeeta cari la orang selain dari adik iparku yang lain..hehehehe.

As usual, kalau pergi jalan-jalan dengan Ayah, memang tak sah ler kalau tak menyinggah. We all singgah Ayer Keroh sat sebab nak beli beberapa barang-barang yang hendak dibawa ke majlis bertandang nanti. Bila masuk Melaka nie, rasa macam terpegun sekejap bila melihat Melaka dah bertambah moden.

Didi nie tahu aje ceruk mana Cowboy nie ada..kat Negeri Hang Tuah pun ada jugak, ingatkan ada kat Kuantan aje. Singgah sini sekejap untuk beli perkakasan untuk majlis bertandang.

We all decided untuk menyinggah lagi, kali nie ke RNR Machap pulak untuk makan tengahari. I sempatlah merasa makan asam pedas Johor, walaupun kuahnya agak cair, but to me, okay aje.

Ryan as usual, nak mee soup la, nasi kicap la dan macam-macam lagi. Bila dapat mee semangkuk, siap tak mo share, padahal besar tu portion die. Tapi tak sangka, dapat jugak die menghabiskan semangkuk tu.

Okay..dah puas singgah-singgah so teruskan perjalanan lagi sejam untuk sampai ke destinasi. Dalam kereta, dah bosan layan CD, main game Ipad ajelah. Mujur Hannan upload banyak sangat games dalam nie, so tak adalah bosan aje.

Ohh dek kerana melayan game from Ipad, tak sangka dah hampir tiba di destinasi. Masuk exit Skudai so dapatlah melihat Skudai and Tampoi. Wah, jalan dah makin besar, kereta pun dah banyak.

Tempat yang mesti dikunjungi bila datang ke JB, Holiday Plaza. Syurga bagi peminat DVD dan juga pirated software. We all memang dah bawa list, apa cerita yang nak beli and nak juga cari software. Itupun kalau ada la, sebabnya masa we all datang nie, baru hari kedua Chinese New Year, tak tahulah kedai bukak ker tak..harap-harap adalah yang bukak.

Kalau datang JB dengan Ayah, memang akan tinggal di Mutiara Hotel, JB. So far, pernah sekali aje duduk Pan Pacific tapi lebih selesa duduk Mutiara sebabnya dekat dengan shopping complex, just jalan kaki aje.

Rombongan kali ini cuma 3 kereta sahaja. Kak Teh memang dah ada di Singapore, die tunggu we all sampai, then baru die masuk JB. Kak Nyah akan datang balik hari on kenduri sebab Ikram tak dapat cuti, so just me and my family, Ayah, Ibu, Hannan and Yop. Ada beberapa orang akan menyusul. Abby tak ikut sebabnya diekan tengah sarat, so Ibu takut die akan sakit belakang kalau travel lama-lama nie.

Sementara tunggu check in, melayan keletah Ryan the Lion dulu. Bila dikenang balik, rupanya Ryan nie dah berapa kali datang JB, since die umur 3 bulan dah we all usung die ke JB, and duduk di hotel yang sama.

Bila masuk bilik...la, we all still dapat bilik yang sama jugak..junior suite. We all mmg suka bilik nie pun sebab tingkapnya mengadap ke rail keretapi. Ryan kan peminat setia Thomas, so bertepatan la location kami tu.

Ni la rupanya rail keretapi from our hotel's view. Keretapinya taklah lalu sepanjang masa mcm LRT tu, akalu tak silap, subuh ada satu, then dalam pukul 11 pagi and kemudian pukul 7, dekat nak maghrib and last one dalam pukul 11 pagi.

Our spacious room and also king size bed. Ayah and Ibu tido dalam nie ler while me and the rest of us, ambil extra bed and lepak luar.

2 comments:

  1. Gina, Skudai, UTM, Pontian.. dah nak masuk kg akak tu..

    Seronokkan reramai dalam apa jua majlis.

    ReplyDelete