Nuffnang Ad

Saturday, 30 April 2011

Breakfast@McD

Bila di Malaysia, tak payah susah-susah pikir pasal makan, celik aje mata malas masak, terus pergi kedai ajelah jawabnya. Settlekan hal Danish dulu after that terus ke McDonalds ajelah, senang sikit lagipun boleh makan dengan aman sikit dengan adanya indoor playland.

Nampak aje playland die, berlari dah ke sana. Tak peduli dah nak makan apa, fikir nak main aje.

Kalau di Adelaide ada dinner set, kat Malaysia ada breakfast set yer...satu kemajuan. Dalam box nie ada one set of big breakfast, then sausage mcmuffin ada dua serta set pancake. Cukuplah untuk 2-3 person.

Si kerinting nie sibuk nak burger, burger

Dapat sausage mcmuffin diam sekejap, gigit separuh, sambung main balik. Udahnya spent dekat 2 jam di sini aje.

Friday, 29 April 2011

Berkarikatur

Selain gerai-gerai yang menunjukkan hasil produk dan paten masing-masing, ada satu booth untuk membuat life drawing ataupun karikatur. Ramai orang yang membuat lukisan muka masing-masing disini, tak cukup dengan life drawing, siap hantar mms kepada pelukis lagi.

We all tunggu memang lama, tak putus-putus orang menunggu untuk mengabdikan wajah mereka, dah petang sikit, barulah dapat duduk di kerusi ini pula.

The boys pun sama-sama nak buat gambar mereka, takkan nak buat sorang aje, kang ada pulak yang bergaduh. Sementara menunggu Danish siap, Ryan dah tak tentu arah dibuatnya, habis kerusi tu dipanjatnya, tak boleh duduk diam walaupun sekejap.

Udahnya, bila time nak lukis gambar Ryan, Daddy Jack kena dukung untuk pastikan die tak bergerak. Kena kepit sekejap dalam masa 10 minit untuk pelukis tu dapatkan lakaran kasar muka Ryan sekejap.

Tengah-tengah sibuk melayan the boys buat drawing tu, tetiba datang pulak Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri yang juga merasmikan Hari Harta Intelek ni. He laso keen untuk mengabdikan wajahnya dalam bentuk kartun.

Nilah hasilnya wajah Ryan yang telah dikartunkan

Ni pulak muka Danish Imran

Dua-duanya we all pilih suruh buat konsep bolasepak, senang sikit. Tapi part rambut Ryan tu memang kelakar habis, tak cukup pakai marker dibuatnya so terpaksa gunakan marker hitam yang paling besar untuk membuat rambut kerintingnya. Lepas nie, boleh frame and simpan ajelah.

I tak lupa...

I pernah buat contest psl 100, 000 hits dulu, kan...(refer sini http://miszjanuary.blogspot.com/2011/02/100000.html), memang dah ada pemenangnya, kebetulan masa she sent me the email, I tengah bersiap-siap nak balik so tak sempat nak hantarkan hadiahnya..insyallah, I akan hantarkan hadiahnya kepada yang bertuah kepada Hamidah binti Ab Ghani from Kuala Lumpur.

Thursday, 28 April 2011

Hari Harta Intelek Negara, 2011

Setiap 26 April adalah diisytiharkan sebagai Hari Harta Intelek Negara, kali ini disambut di JB pula. Itulah tujuan utama we all ke JB, untuk melihat syarikat-syarikat yang mendaftarkan hasil syarikat mereka dengan MYIPO nie. Tapi, tak tahulah kenapa, tak ramai company yang mengambil bahagian, atau maybe disebabkan kali ini pameran dibuat di luar KL, so tak berapa nak mendapat sambutan sangat.

Masa majlis perasmian, adalah disertai acara nyanyian tapi I tak berapa nak kisah sebabnya di dalam dewan while me and Daddy Jack serta the boys duduk di dewan sahaja. Sekali tu, tgk budak-budak perempaun yang pakai baju sekolah berlari ke sana ke mari sambil membawa kamera menuju ke eskeletor. Rupanya dok mengejar si Dafi.

Danish pun tak ketinggalan jugak, hai la Danish..ingatkan kejar pemain bola sahaja, dengan artis pun sama minat jugak.

Les Copaque, company yang mengeluarkan ikon Upin dan Ipin pun tak ketinggalan menyertai pameran ini. We all tahu yang ada booth nie, sebab nampak van syarikat di hotel. Rasanya the team pun tinggal sama dengan hotel kami. Pagi-pagi lagi the boys dah mengajak ke sini untuk ke gerai Upin & Ipin.

I ada jugak tanya budak yang jaga gerai tu samada mascot Upin dan Ipin akan buat appearance tak..jawapannya mudah aje, tak tahulah kak, saya pun tak pasti...tak aperlah dik, di atas "bantuan" tu..kalau setakat jawap tak tahu, baik aje I tanya guard kat situ.

Kebetulan we all memang lepak berhadapan dengan booth Upin&Ipin nie, selepas membeli beberapa barangan from the booth, Danish melepak sambil sibuk menulis while Ryan main game and suddenly Danish menjerit "Ehhh, Upin Ipin besar" bila toleh belakang, ada rupanya the mascot.

Syarikat Les Copaque merupakan salah seorang pemenang, apa yang dimenangi tu I pun tak pasti tapi dapat piala and RM30,000. Tahniah !!!

Puas I pikir, siapalah perempuan nie..Ohhh rupanya perempuan nie tuan punya company Les Copaque dan juga suara Opah di dalam siri Upin & Ipin.

Danish memang ada beli buku solat yang dikeluarkan oleh Les Copaque so selain bergambar, sempat jugak minta autograf from Opah yer.

Kata-kata nasihat dari Opah untuk Danish

Gerai coklat buatan anak tempatan yang resepi dan packagingnya telah dipatenkan dan telahpun mendapat hak cipta terpelihara from MYIPO. So, lepas nie tak boleh meniru yer, kalau tak, kena saman.

Coklat berbentuk telur..teringat sambutan Easter Day kat Adelaide.




Selain coklat, kicap juga telah didaftarkan dengan MYIPO. Ni bukan macam kicap Kipas Udang tu, tapi lebih kepada sos membuat kuay teow atau mee goreng yang dihasilkan oleh seorang chef from Melaka.

Heheheh, sempat beli 2 botol untuk dibawa balik ke KL, nak buatnya tak tahulah bila.

Wednesday, 27 April 2011

Di sini pulak

Untuk cuti-cuti ke JB kali ini, we all tinggal di Puteri Pacific pulak sebabnya dekat dengan tempat event itu dijalankan cuma bersebelahan aje. Dulu pun pernahlah beberapa kali juga tinggal di sini, dekat dengan Bazar JB, Kotaraya dan juga Little India.

Ayah dapat bilik Executive Suite yang so spacious. Wah !!!! bila tengok deco bilik and bilik air, teringin nak ada rumah sebijik macam hotel.

We all duduk bilik Deluxe Suite aje, but ada adjoining door untuk ke bilik Ayah, bagus jugak so the boys tak adalah sikit-sikit nak keluar bilik untuk ke bilih Ayah and Ibu.

Di tengah-tengah antara bilik we all and Ayah, ada big hall untuk melepak, lepak. Kalau my siblings yang lain ikut, boleh aje lepak kat sini.

Monday, 25 April 2011

Meh datang jumpa.....

Hmm, I hanya berada di JB sampai esok sahaja...maybe petang dalam pukul 2 akan bertolak balik ke KL. Ada a few people nak jumpa I di JB nie, silakan lah datang...

I datang JB sebabkan nak support Ayah and his team untuk acara ini..Hari Harta Intelek Negara di Persada JB yang akan berlangsung esok pada jam 9 pagi. So sesiapa nak jumpa saya, bolehlah datang di sini esok yer...apa-apa pun leave a msg at my email dulu...gina_manan@yahoo.com.

Kalau di JB, makan sini ajelah

Kalau dah ke JB kan, memang akan sentiasa ke Singgah Selalu...mak aiii berhantu sungguhlah nama nie, memanggil dari KL lagi. Ayah ada dinner dengan his team disini, at first me and Daddy Jack tak mahu ikut sebab nanti takut the boys ganggu Ayah and his team nak makan sambil bersembang, but Ayah insist nak we all ikut jugak.

We all decided duduk meja asing, jauh sikit dari Ayah and his team. We all duduk dekat dengan indoor playland so senang the boys nak main-main and keluar masuk. Lagipun, we all pergi waktu orang tak ramai, lainlah kalau datang Sabtu, sure penuh sesak dalam playland tu.

We all makan yang light only. Tak makan yang nasi berhidang sebab tak ramai. So I mencuba new food, nasi goreng kampung yang pedas teramat.

Danish pun as usual, makan makanan kegemaran die ajelah, nasi goreng Cina while Daddy Jack menunggu his western meal.

Danish nie agak cerewet sikit bab makan, tak suka makan vege. Kalau order Nasi Goreng Cina, kena mintak plai aje, cuma nasi and telur sahaja. But his fav Nasi Goreng Cina adalah di Restoran Pelita di Ampang Point, dah beberapa kali die ajak pergi sana, tapi belum berkesempatan lagi.

Teringin pulak nak makan sate, masa mula sampai Malaysia dulu, sempatlah singgah jap makan di Haji Samuri, tak berapa sedaplah, and I was tertunggu-tunggu nak makan sate AU5 dekat rumah Daddy Jack, tapi tak tahulah bila.

I thought the kuah sate mcm agak pedas untuk Ryan, tapi die selamba aje cicah nasi impit, timun and makan bawang sambil cicah dengan kuah sate tu.

Otak-otak Kempas yang popular tu, sedap sikitlah dari yang we all makan dekat NZ.

Daddy Jack loves western, especially bso bila die suruh I just order apa-apa, nie ajelah yang I tahu. Kang order lain, takut die tak makan pulak. Besar portionnya, sampaikan tersandar nak menghabiskannya.