Nuffnang Ad

Friday 8 April 2011

Petik strawberry

Actually dah lama plan dengan Kak Azie nak pi petik strawberry since last year lagi, tapi tahun lepas semangat nak petik memetik mcm tak ada lagi antara sebabnya panas and also semangat nak balik Malaysia lagi kuat sebenarnya. Supposed I plan nak pergi beberapa minggu lepas, but Yaya tak sihat so kena tunggu semua dah okay baru seronok jalan-jalan.

Nie kali kedua kami ke Beerenberg nie. Pertama kali dulu dengan Kak Shidah and family semua. Masa dulu, Danish and Ryan masih malu-malu kucing bila jumpa new friends but now dah tak ler, sampaikan dah tak pedulikan Mummy and Daddy dia dah.

Nak masuk ke sini kena ada bayarannya, kanak-kanak FOC and bayaran hanya dikenakan untuk 14 tahun ke atas sahaja dengan harga AUD2. Lepas tu kita akan diberikan bekas plastik untuk isi strawberry yang kita nak beli, AUD9 sekilo. Kalau tak berminat nak bawak balik, tak apa, makan sepuas-puasnya sampai perut kembung dalam tu pun tak ada siapa yang kisah.
Untuk trip kali nie, ladang yang we all nak memtik strawberry tu kena melintas jalan then nak masuk punyalah jauh sikit, sebab tempat yang dulu kami pergi tu dah habis dah, so they all nak tutup untuk semai benih yang baru.

Danish sibuk jugak nak petik, tapi tak pandai pilih, ada yang masam, and masih hijau. so kena guide him. Bukannya apa, die so excited tengok ada member yang sama-sama menggila petik sana sini. Hanya suara-suara kanak-kanak aje yang kedengaran seronok memetik, pegang strawberry.

Ryan pulak mcm tercengang-cengang aje, kat mana lah nie yer, tak mo turun sebab jalan tu mcm berbukit so jalan-jalan asyik ler jatuh so nak berdukung aje.

I terlupa nak beritahu ler...sepanjang 3 minggu nie, rumah I ditumpangi oleh officemate Daddy Jack, Kak shiha yang datang bersama anaknya. Kak Shiha datang Adelaide cos nak buat sabatikal at UNISA, so kebetulan rumah I ada bilik kosong, so I ajak la she duduk dengan I, so at least adalah jugak kawan-kawan nak berborak di rumah, kan. So., weekend memang ada aje activity kami sekeluarga, nak bawak Kak Shiha jalan-jalan.

Seronok sungguh Kak Azie dan anak-anak die datang ke sini. Petik strawberry puas-puas, makan jgn cakaplah while Abang Azul sibuk mencuba senapang barunya, D90 kehulu kehilir memfokus sana-sini sampaikan dah rasa macam paparazzi pulak.

After a while, Danish macam dah bosan nak petik bila Daddy Jack asyik komen the strawberries yang die petik tu so hak petik memtik terletak atas batu jemala patiklah nampak gayanya.

Makan tak ingat dunia yer. I tak sempat breakfast, kelam kabut nak bersiap, mana dengan landlord datang nak kutip duit sewa so breakfast dengan strawberry ajelah. Lepas tu mulalah perut rasa kembung and sebu aje.

My Adelaide's gang kata strawberry kat sini besar-besar and tak macam kat Cameron. Entahlah, I Cameron Highlands pun tak pernah jejak, so tak tahu mcmana keadaannya di sana. Yer, I belum pernah menjejakkan kaki ke Cameron HIghlands, Fraser's Hills, Genting Highlands pun cuma pernah pergi 2 kali sahaja.

Si kerinting nie pulak, gigit sikit buang, lepas tu petik lagi, and makan and buang. Mujur ladang orang, kalau ladang sendiri, rugi ajelah.

Hasil petikan kami dalam tempoh beberapa minit sahaja, ladang besar tapi malaslah nak jalan-jalan sampai ke hujung, so petik yang dekat-dekat aje.

Sambung duduk pulak, kali nie lagi hebat, petik aje dari tempat die duduk tu terus masuk mulut

Kanak-kanak riang semuanya happy dapat petik strawberry

Orang yang paling happy sekali, kalau tengok kat FB penuh gambar kat FB di ladang strawberry, mcm-mcm posisi ada.


So, lepas petik kena pergi balik our check point tadi untuk timbang hasil petikan tadi and in the same time, bolehlah singgah membeli jam atau barang-barang cenderamata di sini.

3 comments:

  1. terliur + kecur tgk stoberi merah menyala tu!!

    ReplyDelete
  2. sedapnye strawberry tu..merah betul...

    ReplyDelete
  3. tak sempat breakfast ke dear..patut la gambar tu macam mengiyakan yang u kelaparan.hihihihi...

    ryan comel occay..siap duduk kat situ sambil ngappp stoberi

    ReplyDelete