Nuffnang Ad

Thursday, 30 June 2011

Kalau tak ada hal, mmg tak akan ke sini

Kalau ajak Daddy Jack pergi Jalan TAR, memang die takkan nak punya. Rasanya kalau ajak ke Jalan TAR tanpa sebarang bantahan masa nak kahwin dulu, asyik pi Bunga Riben and SSF, membeli barang membuat hantaran. Kalau nak pergi pun, masa raya untuk mencari persiapan raya, itupun beli apa yang patut then balik. Sekarang kalau ajak, siap tanya nak beli apa, lecehlah, susah parking ler dan seribu macam alasan lagi. Tapi masa balik, memang die tak boleh elak sebabnya ada beberapa benda yang geng Adelaide kirimkan yang memerlukan ke Jalan TAR. Kami keluar awal pagi, keluar pun berdua aje..dapatlah merasa berdating kejap. Kalau angkut the boys, sure tak tahu apa yang nak dibeli, even nak jalan-jalan pun tak sempat.

Since kami dah keluar awal pagi, semua kedai tak buka lagi, rata-ratanya buka pukul 10 pagi. Kami sampai pukul 9 lebih. Kebetulan pulak I puasa so temankan ajelah Daddy Jack breakfast at Medan Mara. Then, after that since awal lagi, ajak die pi Ariani, sebab nak carikan tudung yang orang pesan and also Ariani pun tak buka lagi, duduk ajelah depan kedai tu sambil mengadap bangunan Jakel yang gah tu. I rasa pernah beli kain kat Jakel nie, masa one of my sister nak kahwin. Lepas tu tak pernah jejak kaki ke Jakel nie. Masuk Ariani, tudungnya tak berapa nak cantiklah, tak banyak pilihan. Udahnya, I belikan my geng tudung Ariani di butik Shah Alam, penuh satu kedai and pilihan pun banyak jugak.

Dah alang-alang pi Jalan TAR, takkan la tak singgah SOGO sekejap kan. I still remember pernah sekali nak merasa masuk SOGO bulan puasa, tgk kat pintu utama, penuh orang beratur, and bila dapat masuk, semua serbu bahagian kanak-kanak. Banyak juga pilihan di kids department nie, tak macam Isetan atau Parkson.

Satu lagi tujuannya adalah untuk menukarkan beg kamera Kak Azie yang koyak masa beli 3 bulan lepas. Masa balik Malaysia kali kedua, memang Kak Azie pesan nak minta tolong tukarkan, tapi puas nak cari masa untuk pi sama dengan Daddy Jack udahnya lagi beberapa hari nak balik baru ada masa nak tukar.

Budak nie pun heran, kami lambat datang sebabnya Kak Azie dah called budak nie lama dah,,sorry lah Kak Azie yer, nak pi sorangkan panjang pulak langkahnya.

Dah settle semua di Jalan TAR, kami ke KLCC, nak tengok wayang. Dah lama kami tak tengok wayang, dulu lepas balik kerja sure singgah Mid Valley atau One Utama tengok wayang. Masa nie cerita KL Gangster tengah hangat so kami pun tgklah sekali. Sekarang nie trend tengok wayang dah tak kisah dah, ada tu siap pakai baju kerja lagi tgk wayang pukul 1130 pagi..ehhh, tak kerja ker? After habis movie, Daddy Jack pun nak carikan souvenir unttuk his both supervisor kat Arch, KLCC.

Daddy Jack nie, selain kedai sukan, satu lagi tempat yang die suka nak menyinggah adalah toys department. Pening jugak, even tak bawak the boys pun jadi juga. I ikut ajelah, kalau die berkenan, ada lah die belikan untuk the boys sorang satu toys.

Mr Nice Stranger

Ni kisah di KLCC masa balik Malaysia lepas. Bila jalan-jalan, the boys memang tak boleh dipisahkan dengan permainan masuk duit nie. Dahlah setiap level KLCC tu ada aje mainan nie sampai letih melayan depa yang sekejap-sekejap berhenti, nak main walaupun adakalanya tak masukkan duit, just duduk-duduk dalam tu aje. Ada satu kali tu, Daddy Jack as usual akan masuk kedai sukan which make me bosan aje, so budak-budak nie dok nak melayan main kereta nie. Tiba-tiba teringat yang I tak bawak duit satu sen pun, semuanya pada Daddy Jack, even my handphone pun sama jugak.

Budak-budak nie just nak duduk main aje dalam nie, and my eyes dok perhatikan Daddy Jack, takut die tak nampak kami kat machine nie. Sekali tu, entah macamana, tiba-tiba ada sorang mamat nie datang dekat kitaorang. Mamat tu pulak tengah on the phone and I was like panik la kan, takut die nak ambik salah sorang the boys, tarik and lari, kan. Then masa dah sampai kat we allm tiba-tiba tangan seluk poket pulak, lagilah I seram..and I was pikir..manalah Daddy Jack nie...rupanya mamat tu seluk poket nak keluarkan duit syiling nak masukkan duit dalam machine tu sebab die pikirkan I tak ada duit kecil untuk bagi the boys main machine nie. Ohhh, masih ada juga orang yang berhati mulia macam nie yer. Mamat tu masih tak berhenti bercakap di telefon masa die masukkan duit dlm machine tu, even I cakap terima kasih pun die just senyum and continue to cakap phone lagi. Terima kasih, Mr Stranger.

Wednesday, 29 June 2011

Sejuk dan malas

Sejuk-sejuk nie kemalasan memang terasa, tangan nak pi jemur baju pun malas..ala bukannya malas tapi sejuk and hujan so mana baju nak kering. Baju memang kumpul banyak-banyak winter nie, basuh sikit-sikit buat rugi aje. Tak kering satu lepas tu membazir air dan elektrik aje.

Since dah 2 bakul baju basuh, mana nak muat ampaian so kena lah pi laundry untuk keringkan guna dryer. Baju 2 bakul so kena gunakandryer sampai 4 sebab tak boleh letak satu dryer sekali banyak sebab nanti susah nak kering, letak sikit-sikit and baru kering sepenuhnya. Mujur orang tak ramai sebab pergi hari biasa and pagi-pagi pulak tu. Kalau datang weekend, memang kena tunggu and lama pulak tu.

Berbuat baik, hasilnya pun baik jugak

Minggu pertama sampai Adelaide, nak pi makan rumah member..ada ker patut ? Dah tak pandai masak ker sampai kena pi makan rumah orang ? Iskh..iskh tak malu sungguh la. Tak adalah, masa I balik Malaysia, ada beberapa member dok kirim barang untuk dibawa balik ke Adelaide. Antaranya Kak Has kirimkan ubat untuk anak-anak die, so I takutlah nak pakai urgent so tu yang hujung minggu kena pi jugak rumah die. Tak expect pun Kak Has sampai nak sediakan mee kari apa bagai untuk menjamu kami sekeluarga.

Ohh nie memang nak cepat hantar cos pengirimnya dah siap tanya dah, Hai and Liza. Merasa juga pi rumah Hai setelah beberapa kali ada aja halangannya untuk ke sana. So, selamat jugak hujung minggu kami tak payah masak.

Ohh yang ini paling awal, Jumaat dah kena bagi kepada tuan punya badan and tidak dijamu dengan makan, tapi COD. Tuan empunya barang nie, siap pinjam FB isterinya untuk bagi msg kepada I, minta Daddy Jack bawak pi uni after 3 hari dah berpuasa. Hampir-hampir tak dapat membeli ini semasa di airport kerana kami masuk departure gate macam lambat sikit. Sampai aje, tgk org masih menunggu so Daddy Jack pi berlari kejap dekat duty free shop yang tak jauh dari gate kami. Sebagai penghargaan, tuan punya badan telah membuat special entry untuk me and Daddy Jack..hehehehe.

Tuesday, 28 June 2011

Happy Birthday, Ayah

Today is Ayah's birthday and dan 2 tahun I tak meraikannya bersama-sama, hanya ucapan thru sms and phone call only yang menjadi perantara di antara kami. Ayah selalu hantar sms tanya tanya, ambil tahu pasal the boys, sampai hampir setiap hari tanya masak apa, bagi tak the boys makan.

Ayah masih meneruskan perjuangannya untuk rakyat, masih bekerja keras untuk rakyatnya which is make me worried. Tapi as I said, Ayah telah memilih untuk bekerja untuk Rakyat, so I tak boleh nak buat apa. Tahun ini juga, satu pencapaian buat Ayah, bila Ayah telahpun berhenti merokok atas saranan Doktor. Good, job..Ayah.


Terima kasih Ayah, di atas kasih sayang Ayah selama nie buat Yong sekeluarga. Ayah tak pernah melupakan tanggungjawab Ayah terhadap Yong walaupun adakalanya Ayah terlalu busy dengan keperluan orang lain tetapi Ayah tetap mengutamakan keluarga. Ayah juga selalu memenuhi impian Danish dan Ryan bila berjalan ke shopping complex, tak kisah samada toys ataupun pakaian. Ayah juga masih tetap sama seperti dahulu melayan Yong walaupun Yong telahpun berkahwin dan mempunyai anak. Ayah tetap akan call sekiranya nak makan di luar, dan ajak my other siblings as well. Ayah tak pernah lupakan tanngungjawab Ayah walaupun kami semua dah mempunya keluarga sendiri malahan setiap kali Hari Raya, yang dah kahwin pun akan dapat duit raya dari Ayah. Yong akan sentiasa mendoakan kebahagiaan, kesejahteraan dan semoga Ayah akan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki.

Ever since my life began,
I realized that "You da man!"
I saw your wisdom, your courage too,
And I learned I could rely on you.
Your tolerant nature was really great;
Nevertheless, you'd not hesitate
To let me know when I'd been bad;
It must have been hard, but that's being a dad.
You're strong and smart and filled with love--
A gift to me from up above,
So here's a greeting from your biggest fan:
Happy Birthday, Dad, 'cause "You da man!"

Lots of Love
Yong, Jack, Danish and Ryan
Adelaide, South Australia 2011

Monday, 27 June 2011

Barang import dari Malaysia

Balik Adelaide baru-baru nie, Daddy Jack dah pesan, tak mahu bawak kotak, menyusahkan nnt bila kastam nak check..udahnya malam sebelum berangkat kena jugak angkut satu kotak kecik untuk isi makanan yer.

Keropok ikan from Kuala Pahang, tak sempat nak ke Terengganu beli keropok Losong but Ibu cakap sedap jugak yang ini, tak cuba lagi. Tengok orang bawak balik keropok, teringin jugak nak bawa sama, kesian tengok the boys berselara makan keropok kat rumah orang so better makan di rumah sendiri, kan.

Daddy Jack tanya, tak ada jual gula melaka ke di Adelaide...ada tapi still nak bawak yang from Malaysia jugak.

Belacan Melaka, masa nak packed puas mcmana kalau tak lepas disebabkan baunya..walaupun dah dibalut dengan beberapa keping plastik, baunya masih ada..hmmm tawakal ajelah belacan nie lepas, kalau tak lepas, dibuang ajelah.

Beberapa jenis keropok juga ada dibawa balik, kut la ada tetamu dtg mengejut so gorengkan aje keropok nie.

Ohhh ada orang kata, paste mee bandung Adami nie memang sedap, pure Johorean. tak cuba lagi lagipun bulan puasa dah dekat, malas pikir nak masak, ada paste macam nie, senang aje.

Hahahahaha, nie tak masuk dalam kotak tapi diletakkan satu beg khas untuknya. Barangan dapur dan kelengkapan kuih-muih I bawak khas dari Malaysia. Daddy Jack pening kepala, nak duduk Adelaide lagi 2 tahun, tapi dah macam nak mintak status PR aje dah. Bukan apa, bosan-bosan nak keluar berjalan tak ada duit, so kita masak and makan ajelah.

Barang IKEA pun bawak from Malaysia ? Padahal IKEA ade aje di Adelaide nie. Masa pi IKEA ngan Ibu, so tak dapat menahan diri dari membeli entah apa-apa tah so kenalah bawak balik Adelaide, kang Ibu bising pulak, berlambak beli tapi tak pakai.

Raya tahun nie kena buat kuih, dah macam-macam beli dah...acuan kuih tart, kuih ros, even acuan muruku pun ada jugak tau. Hopefully meriahlah rumah I tahun nie dengan kuih raya berbagai-bagai jenis, kan.

Sunday, 26 June 2011

Masuk terus dapat

Cerita dari Malaysia lagi yer....

Jalan-jalan di The Gardens, ternampak butik Longchamp so nak masuk singgah kejap, just nak tanya the SA macamana nak kenal pasti beg yang ori dengan tidak sebab dah LC dijual di Uptown. I memang selalu macam tu, untuk mengetahu mcmana kita nak tahu barang tu ori atau tak, I sanggup masuk butik-butik branded nie semata-mata nak tanya, and the SA memang very helpful on that isu.

Kalau pergi jalan di Sungei Wang, memang banyak kedai-kedai menjual LC nie, tak tumpah macam original. Daddy Jack memang tak suka imitation products, especially on clothing, handbags, jam dan mcm-mcm lagi. He said, kalau tak mampu pakai, jangan beli..beli yang betul, pakai pun boleh tahan lama. Sebab tu, Daddy Jack melarang keras I membeli barang especially handbags melalui online, bukan apa takut kena tipu which is happened to of my friends.

A new Le Pliage Hobo Bag, saja aje nak try. I dah ada Le Pliage collection nie, long and short handle. Itupun sakit hati jugak bila kita beli yang ori but banyak sangat imitation nie. So try yang hobo nie cos I tak pernah nampak lagi yang imitation punya.

Masa I try kat cermin, tiba-tiba ada suara bertanya, "You nak ker ?"..ehhh betul ker apa yang I dengar nie ?

Dah ada yang offer, takkan nak tolak tuah, kan. So I pun tersipu-sipu atau tersengih-sengih ambil la satu. I really like the big compartment, senang nak letak my DSLR ataupun botol susu anak. The SA pun bagus, terangkan macam mana nak jaga the fabric and also the leather.

Puas hati dapat, walaupun tak sangka nak beli. Tujuan utama nak tanya aje, udahnya dapat pulak satu. Thanks Daddy Jack.

Masa balik Adelaide, bukan aje DSLR dan botol susu dalam nie, ada buku nota, passport, my makeup kit, even storybook pun beoleh letak dalam nie. Memang berbaloi beli.

Saturday, 25 June 2011

Kenapa saya suka Garage Sales ?

Setiap hari Sabtu dan Ahad adalah hari terapi untuk wanita-wanita Malaysia di Adelaide. Apa cara terapinya adalah dengan pusing-pusing di sekitar kawasan perumahan untuk mencari GARAGE SALES !!! Yer, itulah terapi bagi wanita-wanita Malaysia, amnya. Bangun pagi-pagi, siapsarapan dan mungkin juga lunch then keluar pusing tak kiralah dekat ataupun jauh, sanggup tu untuk pergi Garage Sale. Kalau dapat yang syok macam Corelle, Pyrex atau apa sahaja barang idaman, memang sernok tapi kalau pergi tak jumpa apa-apa pun okay jugak, janji boleh keluar berjalan-jalan sambil tengok rumah yang cantik-cantik.

Well, Daddy Jack tak berapa berkenan sangat kalau diajak pi Garage Sale..macam buang masa katanya. Bukannya apa, I like collect stuffs yang menarik pada mata I but not him, junk katanya. Mana nak sumbat dalam rumah kami yang comel tu. Tapi ada betulnya jugak, but I cannot handle myself la. Like this Tupperware 3-1 utensils, mana pernah nampak, kan. Its egg separator, grater and also lemon scrunch.

Satu bakul buku-buku Photography hanya dengan AUD10 sahaja, but dah setahun membeli..tak pernah membacanya pun. Patutlah Daddy Jack tak mo layan kalau I ajak ke Garage Sales, kan. Padan muka I.


Orang Aussie tak pandang pada Tupperware, so depa banyak jual dengan harga yang murah, semurah 50sen sahaja. Mana nak dapat Tupperware 50 sen, kan. Ada tu just bagi free aje. Dah banyak dah Tupperware di rumah and again membuatkan Daddy Jack angin dengan I.

Hah !! nie okay kalau pada Daddy Jack, buku untuk the boys but kena pilih yang elok-elok lah. Kalau yang dah too old ataupun koyak, memang tak mahu ambik.

Pernah pi Garage sale jumpa VCD Shah Rukh Khan, tapi tak terpikir pulaklah nak beli. Ada juga peminat hindustan di sini yer.

Another household yang unik I pernah jumpa di garage sale, cereal compartment, macam di hotel-hotel. Guna sekali aje, lepas tu simpan masuk dalam kotak.

Ohh, ini memang I gunakan dengan bersungguh-sungguh. Rumah I memang tuan sewa ada sediakan dapur and oven sekali tapi entah macamana rasanya oven die tu dah rosak so I terpaksa cari yang macam nie, dengan harga AUD20 and its brand new. Selalu bakar ayam and kek menggunakan oven yang comel ini ler. Sungguh berbaloi membelinya.

Friday, 24 June 2011

Enjo yang enjoy

Masa balik Malaysia pertama kali dulu, mmg sedih sikit sebab terasa sangat homesicknya tapi dengan jemputan kawan-kawan untuk datang rumah sambil makan-rasanya terubat sikitlah kerinduan pada keluarga tu. Undangan pertama kali daripada Kak Aishah, ingatkan tak ramai..rupanya ramai jugak. Selain ada jemputan makan-makan ada juga someone yang membuat promosi barangan penjagaan jenama Austria iaitu Enjo.

Ni la tuan punya badan yang meEnjo kepada suri rumahtangga di Adelaide nie, Kak Nita..dentist in Adelaide. She's been using this product dah lama dah and now sedang berjinak-jinak untuk menjadi dealer pulak.

I like the product but bila tanya Daddy Jack, he said that kita nak balik lambat lagi, so nak balik nanti baru beli barang-barangnya. Janji tau..

Semua terpegun bila Kak Nita buat demo, hasilnya memang memeranjatkan. Harganya pun agak mahal but to me memang berbaloi especially bila kita nak keluar rumah sewa di Adelaide nie so kena bersihkan sebersih-bersihnya.

Sambil tu, tetamu dijamukan dengan mee sup yang sunggup sedap. Ada juga kuih muih yang dibawa oleh para tetamu menyebabkan makanan memang penuh meja dibuatnya.

Demo demi demo dibuat untuk menunjukkan kehebatan produk ini. Sememangnya produk Enjo ini memang enjoy dibuatnya.