Nuffnang Ad

Monday 27 June 2011

Barang import dari Malaysia

Balik Adelaide baru-baru nie, Daddy Jack dah pesan, tak mahu bawak kotak, menyusahkan nnt bila kastam nak check..udahnya malam sebelum berangkat kena jugak angkut satu kotak kecik untuk isi makanan yer.

Keropok ikan from Kuala Pahang, tak sempat nak ke Terengganu beli keropok Losong but Ibu cakap sedap jugak yang ini, tak cuba lagi. Tengok orang bawak balik keropok, teringin jugak nak bawa sama, kesian tengok the boys berselara makan keropok kat rumah orang so better makan di rumah sendiri, kan.

Daddy Jack tanya, tak ada jual gula melaka ke di Adelaide...ada tapi still nak bawak yang from Malaysia jugak.

Belacan Melaka, masa nak packed puas mcmana kalau tak lepas disebabkan baunya..walaupun dah dibalut dengan beberapa keping plastik, baunya masih ada..hmmm tawakal ajelah belacan nie lepas, kalau tak lepas, dibuang ajelah.

Beberapa jenis keropok juga ada dibawa balik, kut la ada tetamu dtg mengejut so gorengkan aje keropok nie.

Ohhh ada orang kata, paste mee bandung Adami nie memang sedap, pure Johorean. tak cuba lagi lagipun bulan puasa dah dekat, malas pikir nak masak, ada paste macam nie, senang aje.

Hahahahaha, nie tak masuk dalam kotak tapi diletakkan satu beg khas untuknya. Barangan dapur dan kelengkapan kuih-muih I bawak khas dari Malaysia. Daddy Jack pening kepala, nak duduk Adelaide lagi 2 tahun, tapi dah macam nak mintak status PR aje dah. Bukan apa, bosan-bosan nak keluar berjalan tak ada duit, so kita masak and makan ajelah.

Barang IKEA pun bawak from Malaysia ? Padahal IKEA ade aje di Adelaide nie. Masa pi IKEA ngan Ibu, so tak dapat menahan diri dari membeli entah apa-apa tah so kenalah bawak balik Adelaide, kang Ibu bising pulak, berlambak beli tapi tak pakai.

Raya tahun nie kena buat kuih, dah macam-macam beli dah...acuan kuih tart, kuih ros, even acuan muruku pun ada jugak tau. Hopefully meriahlah rumah I tahun nie dengan kuih raya berbagai-bagai jenis, kan.

1 comment: