Nuffnang Ad

Monday 13 February 2012

Satu, satu pergi

Sabtu lepas, kami sekeluarga ke airport lagi, bukan nak balik Malaysia tapi menghantar kawan yang nak balik Malaysia. Huhuhuh, sedih bila sampai airport nie, sedih sebab tahun lepas, 4 kali balik, so tahun nie tak balik dah rasanya..duduk diam-siam sini sebab tahun terakhir, kasi chance Daddy Jack nak pulun his writing la pulak.

Tahun ni memang agak sedih sikit sebab ramai yang akan meninggalkan tanah Adelaide nie after habis 3 tahun suami/isteri membuat PHD. Semuanya akan meninggalkan memori yang terindah buat sekeluarga. Antara yang paling awal balik adalah keluarga Muzafar and Dr Izan.

Antara yang terawal sampai, Sof dan juga Lin. Mereka nie pun antara yang akan habis tahun nie juga, cuma balik pada tengah dan juga hujung tahun nanti.

Nampak tak ada dua orang? Hahahaha, kembar tu, Suhaimi and Suhaizan, cuma seorang aje yang belajar, Suhaizan and Suhaimi menjadi Mr Papa di Adelaide nie.

Dah lama sikit, barulah Kak Shidah dan Kas Has tiba

Muzafar akan kembali meneruskan kerjayanya sebagai lecturer di UMS, all the best Muz. Selamat kembali mengajar.

Anak-anak akan kehilangan rakan mereka, mak ayah pulak akan kehilangan satu lagi geng mereka. Apa-apa pun, semoga berjaya di mana sahaja.

Pada Daddy Jack, 2 orang ini, Muzafar dan Haji Arif memang banyak berjasa kepadanya. Muzafar ni antara orang terawal yang dikenalinya semasa di Malaysia lagi dimana agen di Malaysia memperkenalkan Muzafar kepadanya. Dari agen itulah Daddy Jack contact Muzafar untuk mengetahu hal-hal psl his academic matters nya. Haji Arif pula, orang yang menyambut kami di Adelaide, bawa menguruskan segala urusan. Ada juga yang lain, macam Abang Azul, Dr Kamarul yang banyak menolong kami dari segi tempat tinggal dan info berguna. Semua tu akan kami ingat sampai bila-bila.

Dr Izan akan kembali berkhidmat untuk pesakitnya di Labuan. Selamat bekerja kembali, Izan, Selamat kembali menghadapi karenah pesakit yer.

Walaupun hanya 3 tahun bersama, banyak kenangan manis yang yang terjalin sesama kami. Paling tak dilupakan, sessi makan-makan, bersembang macam tak ada esoknya serta berkumpul ramai-ramai di taman. Semua itu adalah kenangan bagi yang meninggalkan Adelaide.

Kami ada setahun lagi disini, lepas itu akan kembali menjalani kehidupan seperti biasa di Malaysia...

Siapa lagilah yang akan pulang dalam waktu terdekat ni yer...adoiii la, sedih rasanya bila menghantar teman-teman balik disini..sunyi dah.

2 comments:

  1. Yup same feeling masa saya kat Manchester dan London dulu...bila antar seniors balik sedih rasa nak balik jugak. Pulak tu nengok muka2 dia orang hepi jer nak balik malaysia lagi la kite nih jeles. Orang kata Raya kat overseas best kan tapi yg sebenar nye kite buat2 hepi jer kan Gina dalam hati tuhan jer yg tahu. Anyway saya citer kat wife pasal your blog sebab dia dulu kat Flinders..seronok la dia baca posts....nnt balik hubby keje kat U mana?

    ReplyDelete
  2. sedih pulak yer menengoknya. rasa mcm adik beradik lah gitu bila d perantauan. x per . nanti balik msia for good, boleh la buat reunion.

    ReplyDelete