Nuffnang Ad

Friday 20 July 2012

Salam Ramadhan

We all di Adelaide mula berpuasa hari ini. Bangun sahur dengan situasi yang sangat sejuk, cuaca 10 degree. Mujurlah semalam memang masak lebih sikit sebab ternanti-nanti juga pengumuman permulaan puasa. Tapi rata-rata bahagian lain di Australia ini mula berpuasa Sabtu nanti. Apa-apa pun nak ucapkan Salam Ramadhan kepada sesiapa yang sudi membaca blog saya ini. Maafkan jika ada salah tutur kata ataupun gaya penulisan yang menyinggung pihak-pihak yang berkaitan. Bersama-samalah kita meraih segala keberkatan di bulan yang mulia ini. Amin

Bulan Ramadhan telah datang menjelang,
sebuah kesempatan untuk meraih maghrifahNya
Mari bersihkan hati untuk sambut Ramadhan yang suci
Mohon dimaafkan atas segala salah dan khilaf,
serta janji yang terabaikan...
Selamat Menyambut bulan Ramadhan


Insya`ALLAH, semoga kita sama-sama dapat mengisi bulan yang penuh dengan cahaya kemuliaan dan keberkatan yang bakal tiba ini dengan penuh ketaqwaan dan keimanan. Disamping itu juga, lahirkan ihsan kita dengan membantu mereka yang lebih memerlukan supaya dapat kita menyinari harapan sesama insan. Semoga ibadah serta amalan kebaikan kita walaupun hanya sekecil zarah, diterima, diredhai dan diberkahi olehNYA, ALLAH `Azzawajalla.

6 comments:

  1. selamat berpuasa gina dan family :)danish dah mula puasa ker?

    ReplyDelete
  2. K umi pun mohon maaf juga andai ada silap dan salah sepanjang perkenalan kita di alam maya ni. hopefully dapat jumpa Gina one day, Insyaallah.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak..
    firstly, nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak..
    boleh x saya nak email akak sbb sy ade beberapa soalan nak tanya akak.. kalau x keberatan laa..hehe.. nak tanya pasal australia and adelaide.. :)

    nice reading your blog.. i will always come here mcm saya baca blog kak LG..

    ReplyDelete
  4. salam,
    ohh... kat adelaide dah start puasa yer hari ni.selamat berpuasa ramadhan kak gina n family
    -ayu-

    ReplyDelete
  5. Ellis
    Selamat berpuasa juga buat Eliss dan keluarga

    Kak Umi
    Sama-samalah kita merayakan Ramadhan yang mulia ini

    Abdullah Ghazali
    Salam perkenalan dan terima kasih kerana singgah and sudi baca blok Kak Gina nie. Selamat menunaikan ibadah puasa yer, anything email aje pada gina_manan@yahoo.com

    Ayu
    Dah start semalam padahal all Aussie start Sabtu

    Amie
    Selamat berpuasa juga buat Amie

    ReplyDelete