Sebelum balik Adelaide, haruslah pekena breakfast kat Mak Jah dulu. Sedap oo kuih muih die. I paling suka dengan talam ubinya, cukup segala rasanya, tambah pulak yang bahagian kepala tu ada lembik-lembik sikit tak keras so lagilah bertambah sedap.
Ryan begitu setia dengan roti canai die
Kepada sesiapa yang nak berkunjung ke Warung Mak Jah nie, gerainya terletak bersebelahan dengan SPCA di Jalan Kolam Air, Ampang menuju ke Taman TAR, kiranya selepas International School tu la. Tapi esok tak bolehlah nak breakfast, sebab esok orang Malaysia dah mula berpuasa. So nampak gayanya, kena tunggu lagi sebulan lebih la kalau gitu yer.
Warung Mak Jah nie paling hujung sekali. warung ni juga dikunjungi bukan aje orang-orang biasa, nanti kita nampaklah org yang bawa BMW, Rover dan beberapa kereta mewah lagilah yang datang makan sini.
Warung Mak Jah juga ada menerima tempahan kuih muih untuk acara-acara lain. So far, we all dah tempah beberapa jenis kuih dan antaranya talam ubu favourite I tu. Puas dapat makan banyak sambil minum nescafe panas, terangkat beb !! Meh la cuba breakfast kat Mak Jah Corner, sure sedap sangat-sangat.
Gina, akak pun kalo mkn koi talam..suka lapisan atas tu lembik2..sedapp..
ReplyDeleteKak Aisyah should try kuih muih disini kak, sedap-sedap semuanya
ReplyDelete