Ramai juga yang bertanya, kenapa tiba-tiba balik Malaysia..hehehe ini adalah satu sebabnya juga, Majlis Cukur Jambul untuk anak-anak my sister yang baru lahir. Ada 2 babies yang lahir tahun ini on my family side, one is anak Didi, Audi and another one is anak Kak Nyah, Iyyad. Audi dah berusia 3 bulan while Iyyad masih belum sebulan masa nie tapi since dah nak buat majlis cukur jambul and aqiqah, so buatkan aje sekali jalan, tak payah nak pikir buat banyak kali. Majlis dibuat di Dewan Sekolah Taman melawati sebab Ibu malas nak buat dirumah sebab tak ramai yang nak menolong nanti, so buatkan dewan senang.
Makanan disediakan daripada Al-Huda Catering. Dah lama juga Al-Huda nie menjadi pilihan keluarga I, suka sangat dengan ayam masak merahnya yang sedap tapi kali ni tak order pulak ayam masak merah, so ambik ayam goreng berempah sahaja. Makanan memang banyak, selain dari tempahan dari Al-Huda, ada juga lauk lain yang Ibu tambah mcm kari tulang serta ikan masak taucu.
Selain majlis cukur rambut dan aqiqah, we all juga membuat surprise untuk our June babies. Antaranya Ayah dan juga Danish. So, sesiapa yang lahir pada bulan June, ada disediakan kek masing-masing si kenalah tiup lilin, jgn nak suruh anak pulak yang kena tiup. Kek ini dibeli merata-rata..ada yang dari KLCC, One Utama serta Bangsar. Untuk majlis birthday besar-besaran ini, kek yang dipilih adalah Tiramisu, Carrot Cake, Coklat cake, even cheese cake pun ada jugak.
Ada juga kek yang we all tempah sendiri malahan ada juga yang berangan nak buat kek mereka sendiri.Sungguh gembira bila dapat berjumpa adik-beradik, saudara mara. Macam-macam cerita keluar. Borak sampai ke pagi sebab nanti takut ada gosip yang termiss jugak.
No comments:
Post a Comment