Nuffnang Ad

Saturday, 21 July 2012

Ben's KLCC

Belum pernah mencuba makan di Ben's KLCC lagi, selalu tengok my siblings aje yang rajin makan disini dengan Ayah semua, kali nie its my family pulak Ayah yang belanja. Danish mulanya nak makan di Chilli's tapi ramai pulak yang on waiting list so we shifted here. Sukalah Danish makan kat sini sebab Ben is his favourite person dalam Masterchef Australia.

We all sampai pun dah agak lewat so tak dapat nek lepak lama-lama dalam restoran nie.

Pelbagai pilihan menu ada di sini tapi tak sempat nak belek satu persatu. Lagipun banyak sangat pilihan so main order ajelah.

Ini budak, dah larut malam macam nie pun masih segar bugar. Nak makan macam-macam, sekejap nak makan nasi ayam, lepas tu nak mee dan pelbagai pilihan lagi.

Ibu dan Hannan dah selalu makan sini so tak berapa heran nak order dah. Cess !! berlagak sungguh !

Danish yang sudah berselera kembali after lebih 2-3 hari tak berapa lalu nak makan sebab muntah-muntah macam balik Malaysia first time dulu.

Atas meja ada disediakan free recipe and juga guess the game sementara menunggu makanan dihantar ke meja. I nak ambil the recipe tapi Daddy Jack tak bagi, la..dah free kan takkan tak ambik pulak tapi I senyap-senyap ambil 2 then masukkan dalam handbag.

Terima kasih Ayah sebab belanja kami sekeluarga, nanti belanja lagi yer.

Ibu makan nie aje, Soft Shell Crab Salad

Daddy Jack, tetap setia dengan Curry Laksanya




Danish order Spaghetti Bolognese but halfway makan terasa pedas so tukar ambil Ryan punya Nasi Ayam.

Hannan's Mac and Cheese

Nasi Ayam for Ryan

While me, tak tahu nak order apa,just ambil Fish and Chips aje sampaikan Ayah gelak aje bila I order ni. Habis, banyak sangat pilihan menunya, tak tahu nak order apa dah. Lain kali, bila balik Malaysia lagi, Ayah belanja kat sini so Yong order lain ehhh.

No comments:

Post a Comment