Actually, tak plan pun nak balik Malaysia tapi sebabkan Danish cuti 2 minggu and kebetulan pulak my adik nak buat majlis cukur jambul anak dia so taklah melepaskan peluang balik Malaysia tu kan. Alah, tu semua alasan, kan..nak lari dari kesejukan di Adelaide nie.
The boys nie dok melaram dengan beg baru mereka yang we all beli pukul 6 pagi tu. Yer, pukul 6 pagi we all dah bershopping toys. Itu nanti I ceritakan yer. Cantik beg LEGO nie, ada 3 warna and satu lagi warna kuning. Tapi bila nampak cantik pulak the boys dok melaram dengan beg nie, rasa macam nak beli yang warna kuning tu, hopefully ada lagilah beg kuning tu. Beg CARS tu pun baru beli juga.
We all masuk boarding hall awal sikit sebab takut lama nak kena beratur masa check in. Memang agak lama menunggu tapi taknak kecoh so masuk awal padahal perut dah keriuk-keriuk dah lapar.
Daddy Jack with his new gadget, Dr Dre headphone, beli sebab nak dengar lagu dalam flight. Ikut die lah, I tak tahu sgt bab-bab gadget nie, kalau pasal handbags and shoes, mmg tahulah. Sebelum berangkat ke airport, I sempat sediakan roti telur so masing-masing dok makan roti telur alas perut aje sementara dapat makan dalam flight nanti.
Kali nie balik, nak cuba duduk kerusi 2-2 pulak, taknak duduk satu row sebab rasa macam sempit aje. Tapi takut jugak kalau the boys kejap-kejap nak ke depan belakang, maunya ada yang muntah pulak but Alhamdulillah, the boys pun suka aje duduk tepi tingkap tu, dapatlah tengok pemandangan diluar. Nampaklah pulak Alice Spring, teringin juga nak berout back disini, nak melawat Ayer Rocks yang terkenal tu tapi tak tahulah sampai ke tidak.
Untuk kali nie, Farah yang we all selalu liased untuk urusan hal tiket dah booked kan kids meal. First time mencubanya tapi tak sedap sungguh. The boys pun tak lalu nak makan, just bagi mcm lasagne sheet, then dilapiskan dengan goat cheese and tomato sauce aje, even I pun tak tertelan dibuatnya. Tapi yang paling ditunggu sekali adalah ice cream mango dan juga air kopinya. Sungguh sedap. At first, hot drinks tak boleh dihidangkan sebab cuaca agak buruk so dah a few hours tu akhirnya dapat jugaklah merasa.
Fuhhh!!! After 7 jam 30 minit, akhirnya selamat tiba di KLIA. Lama jugaklah duduk dlm flight sampaikan tak tahu nak buat apa. Tengok movie pun mcm tak berapa menarik ceritanya. So dok layankan mata ajelah.
Balik kali ni, we all decided nak balik sendiri aje sebabnya barang pun tak bawa banyak, so boleh aje naik ERL and Ayah tunggu di KL Sentral aje. Lagipun takut jalan jammed masa ambik kami di KLIA. The boys sukalah dapat naik train semua. We all sampai rumah dah nak dekat pukul 10 mlm so mmg kelaparan so orang dirumah dah sediakan Pizza Hut menanti. Lega dapat makan.
memang cantik beg merah yg ryan bawak tu
ReplyDeletekak..seriously beg lego tu mmg susah nak dapat kat sini..nak kirim kak..boleh? hehehehe..
ReplyDeleteSalam Gina,
ReplyDeleteskrg dah cuti sekolah kat Adelaide ke? kat sini br nak start next week. seronoknya dpt balik Msia lagi :)
Kak Atty
ReplyDeleteHah kan, cantik kan
Yusma
Nak kirim, boleh aje tapi nak mcm hantar mcmana? pos ker..nanti emaillah kak gina yer at gina_manan@yahoo.com
Kak Umi
sorry lambat bls, cuti sekolah Adelaide start 29/6 till 15/7. So Isnin depan dah start la kena buat bekalan balik.
serius kak? yeay!!!
ReplyDeleteok..nnt saya email kat akak ye..
serius kak? yeay!!!
ReplyDeletenanti saya emailkan kat akak ye...