Sebelum itu, nak ucapkan Selamat hari Raya Aidil Adha buat semua muslimin dan muslimat. Maaflah lambat sikit ucapan ni sebabnya sejak Jumaat lepas internet down pulak, sayang tak dapat nak buat Facetime dengan family di Malaysia.My raya kali ni, biasa-biasa sahaja. Nothing great about it. Daddy Jack pergi Uni and Danish also pergi sekolah. Just me and Ryan aje duduk rumah, rileks and tengok movie aje.
Tipulah kan, kalau tak menyambut Hari Raya dengan masak special sikit. Well, like me bertungkus lumus masak dalam pukul 12pm cos Daddy jack and Danish balik pukul 3pm. I masak pun dalam kuantiti yang agak banyak untuk dibawa ke rumah Surah untuk sama-sama meraikan AidilAdha di perantauan ni. Tahun lepas, we all beraya di park tapi kali ni dengan cuaca yang tak menentu, kejap sejuk and panas so lepak rumah ajelah.
My menu di petang raya, Nasi Daging with Kari Daging, Sticky Chicken Wings and Acar mentah. Sambil tu bawa lah juga muruku yang dibeli di kedai Afghan as a snack sambil menonton tv. Setiap tetamu yang datang pun membawa juadah masing-masing sampai penuh meja. Perut jgn cakaplah, rasa nak meletop aje dok makan mcm-mcm ni. Ada yang bawa lontong, nasi impit, rendang yang pelbagai jenis, kuah kacang serta tuan rumah mnyediakan laksa. Semuanya sedap-sedap. Ingatkan sambutan hanya setakat ini, rupanya bersambung sampai malam ke rumah kawan yang lain pula.
No comments:
Post a Comment