Nuffnang Ad

Wednesday, 17 October 2012

Melbourne Trip_Snow Time Part 01

Tujuan asal we all ke Melbourne hari tu, selain nak membeli pinggan mangkuk nak la membawa the boys merasa main snow. Anak-anak Along and Kak Ida dah lahir di Scotland so taklah rasa main snow satu experience yang baru pada mereka tapi sebab masa dulu masih kecil, so taklah berapa nak ingat sangat. We all pergi main snow di Lake Mountain aje, itu yang paling dekat dari rumah yang we all tumpang, nak ke Mount Buller dekat 3 jam perjalanannya so better pi dekat-dekat ajelah. Sampai aje di pekan kecil, we all sewa dulu baju-baju sejuk and kebetulan pulak tengah ada ribut salji diatas so kenalah guna tyre chain pada kereta sebab takut jalan licin.

Subhanallah, sepanjang perjalanan rasa terdiam sekejap sebab bila nampak tanah putih dipenuhi salji. Rasanya I pun tak pernah merasa salji ni, even kalau ada di Bukit Cerakah, ataupun di I-city, belum pernah pergi lagi pun.

Cantik, kan. I pun terasa kagum tengok pokok-pokok yang putih diliputi salji

Dah sampai di lake Mountain, semuanya tak sabar-sabar nak turun kereta, nak merasa memegang salji dengan tangan. Turun kereta, sejuknya angin, terasa sejuk sampai ke telinga walaupun I dah berbungkus satu badan. 

Since we all datang bukan waktu cuti sekolah atau public holiday, so taklah ramai sangat orang diatas ni. Dapatlah main toboggan sepuas-puasnya.

Seronok tengok Danish and Ryan bergelak ketawa dapat main snow. Walaupun datang dari Adelaide menempuhi 8 jam perjalanan, tapi sangatlah berbaloi dengan pengalaman yang amat berharga macam ini.

Dah lepas sejam main salji perut pun terasa lapar, so mujurlah ada disediakan picnic area yang bertutup untuk we all membuka semua bekalan makanan yang we all bawa, ada nasi goreng, nasi impit, tuna and pelbagai jenis makanan lagi. Dalam area ni pun ada disediakan heater untuk kita panaskan badan. Disini ada disediakan juga cafe untuk makanan, tapi kita yang Muslim ni hanya boleh makan Fish&Chips ajelah tapi rasa tak kenyang pulak so nanti bila nak balik, baru try makan juga.

10 comments:

  1. subhanallah..besarnya ciptaanNya kan...bestnya kalau i dpt alami jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suria Amanada
      Yup, masa tu rasa sangat terpegun dengan ciptaan Allah SWT dan rasa kecilnya diri ini

      Delete
  2. Replies
    1. mummy alisha
      Memang seronok, tapi tak sanggup menharungi kesejukan tu

      Delete
  3. salam akak,

    ni akak pegi bila ni lake mountain? boleh saya tau bulan berapa? sbb tengok salji mcm tebal je lagi.

    pastukan.. lake mountain ni akak pegi yg Alpine Resort ke? kene byr entrance fee kan nk masuk sbb sy check mcm tu. ke ada tempat lain yg boleh main2 salji dan toboggan tu semua?

    terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Henry
      Kak Gina pergi Lake Mountain ni raya tahun lepas, dalam hujung August. Bayar satu aje entrance fees tu aje. Then terus masuk ke Alpine Resort and main snow kat situ aje. Selain Lake Mountain, Henry boleh cuba tengok Mt Buller atau Mt Baw Baw, tempat tu glamour juga, siap ada ski sky cable lagi

      Delete
  4. Salam,nak tanya.end may dlm 29 hb camtu buka tak tmpt ni utk public?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam awak
      Sorry lambat balas msg. Kena call tanya dulu smada snow dah turun ke tidak. Kalau tak ada, they all still bukak tapi tak ada snow la

      Delete
  5. Salam kak.. dari melbourne city nak ke lake mountain berapa jam perjalanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nor Fairus
      Lebih kurang 2-3 jam sahaja

      Delete