Nuffnang Ad

Tuesday, 30 October 2012

Jamuan Raya


Aktiviti hujung minggu penuh dengan aktiviti makan aje. Since Jumaat till Ahad semuanya asyik makan and makan aje. Bertambah gemuk la I nampak gayanya. Ahad lepas mendapat undangan dari Liza sekeluarga untuk jamuan kecil-kecilannya.

Kak Wan rupanya, ingatkan siapa. Kak Wan datang dengan anak-anak aje cos her husband busy dengan acara lain di Bonython Park.


Liza ni, kata dalam event FB Jamuan kecil-kecilan aje tapi banyaknya juadah yang disediakan walaupun baru renovate dapur, dengan beberapa perkara yang tak diingini jadi sebelum majlis namun tetap menghidangkan makanan yang sedap-sedap untuk tetamu. Liza terkenal dengan masakan kati daging yang sedap so since Raya Haji so lamb curry menjadi menu utama bersama nasi yang sangatlah sedap.

Selain menyediakan nai dan lamb curry, tuan rumah juga menyediakan kuah kacang dan juga nasi impit. Tteamu yang datang juga tidak datang dengan tangan kosong, masing-masing datang membawa juadah  sampaikan penuh meja. Ini pun baru beberapa keluarga yang sampai.

Ada apam balik, keledek goreng cicah kicap, rojak buah, kuih sagu  butter cake dan macam-macam juadah lagilah. Rambang mata nak pilih mana satu nak makan dulu.

Kak Azie begitu rajin menyediakan laksam untuk tuan rumah. Katanya selalu buat laksam then upload kat FB and Liza selalu teringin aje nak makan tapi tak kesampaian.

I bawa apa yer...hehehehe tuan rumah minta I sediakan cendol. Mujurlah cuaca panas, sedaplah makan cendol di kala panas-panas kan kalau sejuk maunya mengigil nak makan cendol tu.

Belakang rumah Liza ada satu pokok buah ni, namanya Loquat. rasanya masam-masam manis sikit. Memang sedap, tak sempat pun nak merasa makan sebab mata dah asyik tengok makanan lain aje.

Sedapnya para tetamu menjamu selera sambil bersembang-sembang bertanya khabar berita. Lama juga diantara kami yang tak berjumpa, maklumlah masing-masing busy dengan hal sendiri.

 Kanak-kanak pun turut sama meemriahkan suasana 

Wah !!!! Cantiknya dapur baru Liza ni, so sweet and nice. Tak sempat nak bersembang pun psl dapur ni. Sempat jenguk-jenguk and curi-curi ambil gambar aje. Sorry ler Liza...hehehehehe.

Nangis tengok dapur freestanding idaman hati ini. Hajat dihati memang nak beli satu untuk dibawa balik ke Malaysia tapi ada a few problem juga yang perlu diambil tahu antaranya tak banyak dapur mcm ni yang ada international warranty, kalau ada pun hanya SMEG aje. Tengok dapur Liza ni rasa tak sabar nak beli, and mempunyai dapur idaman sendiri. 

4 comments:

  1. banyak betul makanan yer :) meriah, mcm 2 ada. selamat hari raya :) sempat lagi kot .hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliss, makanan mmg banyak sampai perut rasa nak meletup masuk macam-macam. Ingatkan duduk oversea susahnya nak cari makan, tak sangka senang aje rupanya

      Delete
  2. salam..
    akhirnya dapat juga nama buah..loquat..balik kg suami diorang panggil mishimsha..puas cari nama..tq rezeki blog walking :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh ada juga buah ni di Malaysia yer. Tak pernah nampak pulak la

      Delete