Nuffnang Ad

Saturday, 10 November 2012

Fun and good times

Masih dalam mood bercuti di Malaysia lagi ni. So kita sambung cerita pasal birthday Ryan la yer. Di birthday party tu, bukan aje ada games untuk kanak-kanak malahan kami pun turut menyediakan games untuk parents juga.

Ala, saja aje nak bagi suka-suka untuk kawan-kawan yang belajar untuk release stress meraka belajar. So, bila ada activiti yang seronok ni, taklah rasa tension, kan.

Kawan-kawan pun sporting juga, tak segan silu pasangan masing-masing. Terima kasihlah kepada my Adelaide's gang yang sporting and turut memeriahkan majlis kami ini.

Majlis yang penuh dengan gelak ketawa- sorakan anak-anak yang tergambar keceriaan di wajah mereka.



 Bila its time for cake cutting, semuanya tak sabar-sabar nak makan kek.

Dan majlis birthday we all tak akan terlepas dengan pukulan pinata. Kali ni, pinata yang we all beli ni bukan jenis yang tarik tali tapi kena pukul sampai pecah. Adoi la, tak tahulah mcmana tersilap masa beli so kenalah Daddy Jack dukung Ryan and tolong pukulkan untuk pecahkan the pinata tu.

 All the ninjas team dapat medal masing-masing, tak ada yang memang atau yang kalah.

Menjelang petang, semua tetamu sudah mula meninggalkan majlis untuk pulang.

Seronok tengok kanak-kanak yang sudi hadir bergembira sesama mereka, bersorak, bergurau senda, gelak ketawa dan juga berjerit-jerit sesama mereka. Terima kasih kepada semua anak-anak yang sudi hadir untuk memeriahkan majlis birthday Ryan yang ke 4 kali ini. Walaupun ada kekurangan, tapi semuanya dapat bergembira sambil menikmati all the foods and games yang kami sediakan.

Bila buat birthday party, sure birthday boy dapat hadiah, kan.

Terima kasih kepada para tetamu yang sudi memberikan hadiah untuk birthday boy.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment