2 minggu lepas, Ibu bercuti-cuti ke London bersama Ayah Da dan juga Ucik selama 10 hari. Wah!! seronok yer berjalan-jalan, bila suruh mai Adelaide, ada aje alasannya tahu-tahu dah sampai ke London yer. We all just bagi Ibu duit belanja ajelah, untuk Ibu buat tambah membeli belah disana.
Flight Ibu malam, dalam pukul 12 tgh malam and naik Airbus pulak tu. Syoknya. Hmm, selalunya Ibu yang hantar we all balik Adelaide, tapi kali ni, we all pulak yang hantar Ibu ke London.
Dapatlah tengok Ibu upload gambar-gambar perjalanannya di sana. Dah macam Daddy Jack pulak berjalan melawat stadium. Maklumlah anak menantu kaki bola and masing-masing sokong team yang berbeza so mak mertua kenalah pi melawat stadium untuk team Arsenal, Manchester United, New Castle and juga Liverpool untuk membeli souvenir untuk menantu dan juga cucunya.
Ibu not only in London tapi jauh berjalan sampai ke Scotland sana tu. Pastu sepanjang perjalan ke Scotland tu siap singgah merata-rata tempat lagi. Tak tahan tu bila berkunjung ke tempat pinggan mangkuk, siap mms lagi beberapa gambar koleksi pinggan mangkuk yang dibelinya...Ohhhh tidak !!!!
Kalau ke London, tak sahlah kalau tak ke Bicester Village kan. Kan sini pun dah bershopping sakan dah pun. Huhuhuhuhu, masa Ibu offer ajak pergi hari tu, tak mahu, hah sekarang kan dah menyesal.
Lepas dah pi berjalan ke London ni, jgn lupa datang ke Adelaide, lagi yer sebelum we all semua balik. Datang and lepak lama-lama sikit, kalau boleh datang masa musim sejuk so nanti boleh tolong Yong packing barang yang nak bawa balik, kan.
Aiyoooo !!!! Ini yang paling tak tahan...ada tak Ibu belikan ini untuk I? Hmmm tunggulah Jumaat ni Ibu balik.
Wah...seronoknya Ibu dapat berjalan2 di luar negara...mesti dia seronok
ReplyDeleteKniedaz
DeleteMMemang seronok, sebab dapat pi London tapi pergi time winter taklah best pun sebab mengigil kesejukan
kalau tengok Bicester Village, terus i terkenang pi sana sampai 2 kali dalam masa seminggu...
ReplyDeleteNenetPenne (NP)
DeletePhewww, sure puas you shopping, kan. I nie bilalah turn untuk ke sana
seronok nya ibu ayah jalan2 sakan yer.. haishh bila laa nak sampai sana jugak ni.
ReplyDeleteEliss Ibu pergi dengan adik-adiknya sahaja, Ayah tak ikut sebab ada kerja :(
Deletewahhh bestnya dpt jln2 kat London....
ReplyDeletehttp://cochicine.blogspot.com/
Call Me Betty
DeleteMemang best !!!! Geram aje tengok gambar-gambarnya. Hopefully, satu hari nanti we all boleh merasa pergi jugak, kan