Nuffnang Ad

Monday 19 November 2012

Oh, gerunnya

Kadang tu bila pergi GIANT, gerun jugaklah tengok harga groceries sekarang ni. Tak sama macam I tinggalkan Malaysia dulu. Harga beberapa barang begitu melambung tinggi, taraf hidup orang Malaysia pun dah semakin tinggi. Itu pada yang berkemampuan, yang tak berkemampuan tu, kasihan pula rasanya. Antara yang membuakan rasa terkejut melihatkan harga coklat ni, di Adelaide bila ada offer, kadang tu buy 2 for only AUD5, which is kadang beli makan tak habis sebab terlalu murah sgt-sangat. Tapi siaplah kalau sakit gigi, pernah terdengar ada sorang minah Aussie cakap pada anak die "That lolliies is only AUD1, but the cost of your teeth will be AUD1,000".

Tengok lemon berlonggok-longgok macam ni, teringat bila ada majlis makan-makan ada kawan-kawan yang akan sedekahkan lemon yang banyak berbuah di belakang rumah mereka untuk kawan-kawan yang lain. Punyalah banyak lemon di belakang rumah sampaikan basuh ayam and ikan serta tangan pun guna lemon yang berlambak-lambak. Di GIANT, harga lemon sebiji mencecah sehingga RM1.50. 

Pernah ada my Adelaide's gang yang dah balik ke Malaysia cakap, di Adelaide la kita merasa buat majlis BBQ,ajak kawan-kawan makan ayam and daging puas-puasnya sebab bila balik Malaysia, ayam mahal sgt and tak tahulah bila masa nak ajak makan BBQ ramai-ramai lagi. Hmm kalau di Adelaide tu, I okaylah tapi bila balik Malaysia I kan still duduk with my parents so taklah terasa sgt membeli barang-barang basah ni. 

Kat Adelaide, suka sgt minum Farmer's Union Iced Coffee, so balik Malaysia for good nanti nampak gayanya inilah yang menjadi penggantinya.

No comment

Biskut shortbread tu adalah pilihan the boys, sekali buka boleh habis sekelip mata aje.

Banyak juga barang yang biasa tengok di Adelaide dijual di Cold Storage, tapi harganya dapat membeliakkan mata aje. Jangan risau, I masih berpijak di bumi yang nyata. I tahu yang tak selamanya I duduk di Adelaide tu, so tahun depan dah nak balik dah. So jangan anggap I ni mengada-ngada, duduk oversea baru 3 tahun dah nak compare sana-sini. I just nak ingatkan myself that bila duduk di negara orang, kita pun berbelanja dengan berhemah so bila balik di Malaysia, kenalah pandai berjimat cermat mcm duduk di Adelaide juga, tak semestinya kena pakai barang dapur sama mcm di Adelaide juga. If rasa harga ayam mahal untuk jamu kawan-kawan dtg rumah, maybe boleh buat seafood BBQ, ataupun of rasa harga brown onion mahal switch tu bawang merah biasa. If rasa semua harga barang mentah mahal, makan kedai ajelah. lagi senang.
 

10 comments:

  1. Betul cakap you. Bila sesekali i balik Msia and singgah cold storage, memang terbeliak biji mata tengok harga all the imported products. tu sbb bila I balik, bawak coklat and arnott's berkotak2, hehehe.
    Kadang2 I rasa chicken wings kat sini yg $4/kg tu pun dah mahal, but bila tengok harga kat msia, lagi lah mahalnya kan. memang kena tukar makan benda2 yg murah2 lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak LG
      Tapi adakalanya product yang murah tu kualiti pun agak murahlah. But kalau anak nak juga makan Nutella yang sampai RM27, terpaksalah juga beli, kan.

      Delete
  2. harga barangan kat malaysia memang mahal.. RM50 kalau masuk supermarket, laju mcm air tapi tengok barang2 yang dibeli tak sebyk mana pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne (NP)
      Betul tu, itu belum bab beli diapers and susu untuk anak-anak lagi, setiap bulan aje separuh gaji kena ketepikan dulu untuk beli barang-barang keperluan.

      Delete
  3. Dulu kalau g Carrefour/Giant/Tesco bawa RM100, nampak jugakla barang yg dibeli...sekarang susu anak + pampers pun dah cecah ratus... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kniedaz
      Tu la kan, kesian juga if yang ramai anak-anak kecil tu. Terpaksa berkorban banyak duit untuk itu

      Delete
  4. seriously barang kkat malaysia dah mahal.... kalau imported kita paham la but yang local pun naik harga. i pergi supermarket, kalau bangsar village imported stuff like cheese, cream and meat,dsb ..murah n fresh..so as the vegie. tp barang lain...tesco or giant lah kalau nak ormal groceries. sometimes tesco ada murah like nutella yg besar 19.90 tp tempat lain 30+++...jadi nye kena pandai survey harga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sawanila
      My sister in law ni siap kirim cheese block from Adelaide bila I balik ni, katanya cheese sini mahal and rasanya tak berapa sedap. Ohhh, kena buat survey yer..okay noted. Will do that. Thanks for the tips

      Delete
  5. Salam.Bila baca entry kat sini,yeah sometimes kita buat perbandingan harga antara malaysia dan australia dan saya juga disindir.mereka katakan jgn samakan negara yg lama maju dgn negara kita.saya bkn pertikai segalanya,andai gaji juga naik sama dgn kenaikan harga brg itu tdk menjadi isu,tp yg berlaku ada sebaliknya.itu pendapat saya la.apapun,seronok baca blog ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syafinaz
      I sedih juga bila ada org yang mempertikaikan cara I tu, seolah-olah mcm tak berpijak di bumi yang nyata. I bukannya nak tayang hebatnya duduk overseas, its just that nak bagitahu pada kawan-kawan yang masih berada di Adelaide that harga brg di Msia semakin mahal and sesiapa yang nak balik tu kenalah bersedia semuanya.

      Delete