Nuffnang Ad

Tuesday, 26 February 2013

Aktiviti riadah hujung minggu

Dah 2 kali Sabtu we all beriadah beramai-ramai. KELABU (Kelab Ibu) main netball sebelah pagi Sabtu and KELAPA (Kelab Bapa) take over belah petangnya. Untuk pertama kalinya aktiviti riadah dibuat secara terbuka, selama ni beriadah di belakang rumah aje bersama-sama family terdekat tapi kali ni open, semua boleh join. Mujurlah padang di Adelaide ni tak perlu disewa, just datang and terus main tanpa perlu ada kelulusan bertulis daripada pihak tertentu asalkan kita mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Untuk aktiviti riadah yang pertama, kami ke Thorndon Park. Dah biasa ke park ni even masa majlis sambutan hari raya lepas pun dibuat disini juga. Memang besar taman ni, ada padang yang memang sangat luas, if buat hari terbuka atau sukaneka memang sangat puashati.

Siap ada sessi stretching tu, regangkan otot-otot sebelum bermain bola sepak. Kang ada pulak yang cramp, mana ada disediakan first aid kit.

Bak kata Is, bukan senang nak tengok lecturer bergelek dipadang bola. Tengok anak-anak kecil yang bergelak ketawa bergembira disesi riadah ini rasa syoknya jadi kanak-kanak, kan mcm tak ada masalah aje.

Agak terpegun kejap dengan beberapa aksi dari para bapa yang selama ini memendamkan bakat terendam mereka di dalam aktiviti sukan.Bukan senang nak tengok para bapa yang selama ini duduk diam and bersembang sekali keluarkan bakat and skill mereka. Memang impressive sungguh.

Tengoklah aksi dan lagak ngeri para bapa semua

Siap ada pom pom girl lagi gitu, Si Cha budak montel

Para bapa sibuk main bola dengan anak-anak, mana pergi geng mak-maknya...apalagi makan and bersembang ajelah. Sambil mulur mngunyah sambil bersembang, memang terbaik sangatlah tu. Tambah pulak ada macam-macam jenus kuih muih dan juga mee. Memang kenyang sampai malam.
 

No comments:

Post a Comment