Memang menjadi satu aktiviti yang wajib untuk ke Pasar Tani di kawasan rumah ibu setiap hari Sabtu. Dulu I bawa Ryan, ada sekali tu Ryan belum bangun so I bawa Danish pulak.
Tak silap I, belum ni dulu harga sebiji cuma RM5 and now dah naik jadi RM6 pulak yer. Untunglah orang yang menjual belon mcm ni kan, tak perlu sewa tapak pun, just bawa tong helium and kelengkapan belon tu aje. Pastu sure anak-anak akan tertarik dengan pelbagai character yang ada pada belon tu antaranya Upin Ipin, Boboiboy, Spiderman, Hello Kitty dsbnya.
Ayah as usual, akan membeli pelbagai jenis daging..daging cincang, tulang, beefball, daging barang pinang dan beberapa jenis lagilah.
Orang jual kerepek dah makin maju, siap ada letak tester lagi. Cool jugak cara macam ni, so orang boleh pilih kerepek mana yang sedap, kan.
Setiap kali ke Pasar Tani, sure akan beli Yong Tau Foo untuk breakfast pagi. Daddy Jack suka makan dengan sup while mee yang kering adalah yang paling sedap sekali. Terlalu banyak pilihan, so kita ambil mana yang kita berminat ajelah.
Ada gerai budak-budak muda yang menjual pelbagai jenis cucur, ada cucur keledek, durian, pisang, ikan bilis, jagung dan mcm-mcm lagilah. 14 biji hanya RM2, rasa cucurnya sangat lembut dan sedap. I paling suka cucur durian, pisang dan juga keledek.
Satu lagi yang paling digemari, Tau Foo Fah, especially yang dengan gula melaka, tersangatlah sedap dimakan di kala waktu panas-panas begini.
Bangga tengok anak-anak muda begini bangun seawal pagi untuk membantu ayah dan ibu untuk berniaga. Di samping itu, dapat mempelajari ilmu-ilmu perniagaan yang mungkin dapat dididik dari awal. Me and Daddy Jack bukannya berlatar belakangkan business, so we all mmg zero knowledge hal berniaga. Silap-silap if baru nak mencuba, dah kena tipu dengan orang so baik lupakan sahaja impian itu.
Pasar tani taman melawati! Salu jgk pegi ngn mama, hehe. Salam kenal.
ReplyDeleteSalam kenal Aida, nanti if terjumpa kita nanti tegur la yer.
Deletesuka pi Pasar Tani....
ReplyDeleteAmanda, memang best pergi pasar tani ni especially beli ulam-ulam and sayur kampung...Aduh !!! sedapnya
Deleteohh tidaaaaakkkk.
ReplyDeleterindu makanan2 kat msia
Is
DeleteYa, memang betul rindu sangat-sangat, kan
yong tau fu tu buat kty terliur je tau
ReplyDeleteAla Kak Ty, susah apa, beli aje kat mana-mana pasar tani. Sini so far, belum lagi makan yong tau foo
DeleteUmmi, tak apa sabar-sabar tahun depan aje lagi dah nak balik terus, kan
ReplyDelete