Hmm, petang-petang macam ni teringat kuih muih dibelu untuk dimakan waktu petang di Kuantan. Beli then makan tepi kolam ikan sambul minum air kopi yang Ibu bancuh. Memang terangkat dibuatnya. Antara kuih muih yang I selalu beli if balik Kuantan adalah kuih sarang semut ni. Kuih apa nama lain yang I tahu I panggil kuih ni kuih sarang semut aje.
Keropok lekor tak boleh dilupakan. tak macam kualiti keropok lekor di KL, bila beli rasa tepung aje, ini bila gigit terasa ikan aje. Aduhh !!! sedapnya
Pisang goreng tetap tak ku lupakan
Aduhh, ni paling tak tahan. Ibu cakap ni kuih bakar tapi Danish dari kecil lagi panggil kuih ni..kuih katak hijau. Tak kisah la kuih bakar atau katak hijau tapi this is one of my favourite kalau balik Kuantan. Tk sama macam kuih bakar di KL cos kuih bakar ni dibakar menggunakan dapur arang dan juga sabut kelapa, tu yang membuatkan ianya sangat sedap.
betul kata danish tu 'kuih katak hijau' haha.
ReplyDeleteMiss Volvo
DeleteWalaupun nama tu agak kelakar, tapi sedap rasanya