Kalau ke KK, tak sah kalau tak berjalan ke Pasar Filipino, kan. Walaupun dah pernah pergi sebelum ni tapi since tak ada buat apa-apa so berjalan ajelah ke sini since dah dekat dengan hotel.
Pasar Filipino terkenal dengan penjualan bahan-bahan seafood kering ni. Memang rambang mata bila kat sini, semua nampak best aje, tambah pulak mcm I yang duduk Adelaide ni, mcm-mcm nak memborongnya.
Ikan masin pun nampak sedap semuanya tapi nak bawa balik semuanya takut tak lepas. Maklumlah kena check dengan AQIS Australia nanti, if tak kena gaya kena buang kat tong sampah, maunya nangis. Dahlah berli yang mahal-mahal and then jauh pulak tu, sekali kena buang so kita tengok ajelah.
Kononnya plan tak nak belilah, stok masih banyak di rumah Adelaide tapi apabila melihatkan ikan bilis belah yang putih bersih, so hati pun bergoyah. Beli juga 2 bungkus untuk dibawa balik. Normally bawa ikan bilis tak ada masalah cos yang belah ni nampak bersih.
Udang kering pun sama nampak gemuk-gemuk. Buat mee bandung and laksa johor haruslah sedap guna yang gemuk-gemuk macam ni.
Dah beli banyak, adik yang jaga kedai ni bermurah hatilah nak beri 4 paket ikan masin nipis ni. Hmm, rasanya lepas aje kalau jenis ikan masin mcm ni sebab tak ada kepala. Alhamdulillah, lepas pun and dah goreng beberapa kali di Adelaide ni.
Baik budak ni, tak igt namanya tapi ingatkan budak Sabah rupanya berasal from Melaka and ikut pakciknya merantau ke sini aje. Kalau sesiapa ke Pasar Filipino, boleh carinya di gerai ikan masin no 16.
Bestnya kat Pasar Filipino ni, sebab tahu ramai pengunjung from Semenanjung yang datag so peniaga terus bungkus and masukkan dalam kotak, ikat and siap tuliskan nama serta alamat kita. So, kita tak perlulalah pening nak pikir if beli nak sumbat masuk dalam beg luggage cos takut berbau nanti.
Lepas ke Pasar Filipino, berjalan kaki pula ke Pasar Besar KK. Saja aje berjalan nak tengok the uniqueness of KK di sini. Antaranya nampaklah uncle ni yang sedang mengasingkan cili padi untuk dipack kecil.
Cili putih ni tak tahulah cili apa, nampak kecil and tak tahu tahap kepedasannya. Terlupa nak beli sepaket dua untuk mencubanya.
Aduhhh !!! Malaysia ni emang terkenal sungguh dengan immitation product from China. Sampaikan Ninjago pun ada yang immitation. Sekotak hanya RM4.50 sahaja. Original tak ada dalam kotak mcm ni, so far tak jumpa di KL, ni baru jumpa di KK aje.
Ingatkan Ninjago aje yang ada immitation rupanya Beyblade pun ada juga.
No comments:
Post a Comment