Nuffnang Ad

Tuesday 21 May 2013

Birthday celebration for teenage girl

Dah lamanya tak ada sessi makan-makan beramai-ramai macam ini, tambahlah pulak dah masuk winter, mmg nak buat aktiviti makan-makan rasanya semua tak sanggup nak duduk luar sebab kesejukan, makanan pun cepat aje sejuk so mcm tak berapa best sangat. Last aktiviti yang we all sempat hadiri sebelum balik Malaysia adalah birthday party anak Surah, Ika yang kesebelas tahun. Dah anak dara dah Ika yer, senang la Surah lkepas ni, boleh membantu tugasan didapur.

Kalau kata ada undangan makan, tak perlu risaulah pasal makanan, mmg sangat banyak yang dibawa oleh tetamu. Mostly dessert and kuih muih. Tak jemu makan kuih disini.  Tak cukup kuih muih Melayu, ada aje kuih muih mat salleh yang dibuat.

The boys with their best friends, Zakuan and Mukhlas. Ini ajelah yang masih tinggal.

 A simple birthday cake for Ika, and yet sedap.

Masing-masing bila dapat goodies bag, senyap la kejap dok belek dlm tu ada apa, dan seronoklah dapat makan coklat and candy.

Tetamu pun ramai yang datang untuk memeriahkan majlis birthday party anak dara Surah ni.

Seronoknya berlonggok ramai-ramai mcm ni lagi, entahlah bila pulak yer

Its cake cutting time !!!

Kanak-kanak mmg sukalah time potong cake ni, esp Zaim yang selalu aje hacked birthday party orang lain. Setiap kali birthday party, sure lepas tu kena buat another song for him pulak. Ala sama aje macam Danish dulu, setiap bulan kena beli cake untuk dia, siap nyanyi lagi.

Muka-muka cheeky yang bakal ditinggalkan in September nanti. Sekarang semuanya nampak kecil aje, tahu-tahu jumpa lagi 2-3 tahun dah besar dah semuanya.

Happy Belated Birthday, Zalika Sharibi. Semoga Ika menjadi anak yang solehah, patuh pada kedua orang tua serta menjadi teladan buat Zakuan dan juga Zaim.

Insyallah, akan berlonggok lagi macam ni, tapi bukan dalam masa yang terdekat cos I ada nak buat kenduri juga, menunaikan beberapa hajat yang belum ditunaikan lagi.
 

2 comments:

  1. rindu nak lepak di rumah Surah sambil minum nescafe dan makan mee kari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Kak, rindu jugak nak lepak bersama-sama dengan akak

      Delete