Nuffnang Ad

Tuesday 14 May 2013

Kembali beraksi

Alhamdulillah Ryan is getting better. Ni gambar after sehari lepas bersunat. So dilayan macam raja la, semua kehendaknya dilayan. Makan pun sambil baring. Tapi ngeri sikitlah bila nak buang air and mandi tu kan, kena jaga betul-betul. Ubat pun doktor hanya bagi ubat sapu dan juga ubat tahan sakit aje.

On 1st May tu, we all bergerak balik ke Kuantan, sepanjang jalan tu Ryan tidur aje and make sure tidak bergerak sangat. Siap belikan makanan siap-siap dalam kereta so tak perlulah berhenti di mana-mana RnR untuk makan.

Hmm, mula sampai Kuantan tu berdua aje dengan Danish so main game and layan tgk TV ajelah tapi bila weekend, ada cousin yang lain datang bertambah meriahlah. Tambah pulak cousin semuanya lelaki so aktiviti bermain bola adalah salah satu kemestian.

Ryan pun dah nampak cergas, dan boleh memakai seluar. So kasi la lepas bebas main bola sekejap. Tapi tetap tak nampak macam orang lepas bersunat.

Dah cergas and main bola, mmg betullah Dr Mohamed cakap...3 hari dah okay dah, boleh main bola. 

1 comment: