Nuffnang Ad

Tuesday 21 May 2013

Tetamu dari Melbourne

I memang suka menerima tetamu datang ke rumah, tak kisahlah samada yang baru datang, my Adelaide's gang ataupun sesiapa aje yang I kenali. Tak kisahkan pun, cakap aje nak datang so I menerima dengan tangan yang terbuka. Rezeki yang ada pun taklah banyak mana tapi bolehlah dikongsi bersama-sama. Seronok juga sesekali makan ramai-ramai ni, maklumlah I dah biasa suasana family yang besar so bila just me and Daddy Jack plus the boys rasa mcm serba tak kenalah pulak.

Kebetulan, kenalan I di Geelong Kak Mas ada meminta I untuk mencarikan tempat penginapan untuk 4 keluarga yang akan berkunjung ke Adelaide. Ada satu keluarga tu yang we all kenal masa we all ke Melbourne dulu. Mereka ni saja ajelah nak berjalan ke Adelaide sempena cuti Easter yang lepas.

Rajinnya mereka berjalan from Geelong ke Adelaide ni, ada tu tgh sarat mengandung lagi. Aduh, sure kematu punggung duduk lama dalam kereta. Perjalanan bukannya 1-2 jam tapi dekat 9 jam. Phuhh, sangat gigih akak tu yer.

Ada yang baru sampai, ada yang dah nak balik. Insyallah, if we all berkunjung ke Melbourne lagi sekali nanti, kami akan singgah di Geelong la yer.

Kesian akak-akak ni, plan asalnya datang Adelaide nak ke garage sale dan juga Sunday Market cos ada orang cakap kat Adelaide ni banyak Corning/Corelle yang boleh dijumpai disini tapi sayangnya mereka datang time cuti panjang so tak banyak garage sale yang ada. Sunday Market pun tak ada. Nanti bila senang bolehlah berkunjung ke sini lagi.
 

1 comment: