Hai, baru terhegeh-hegeh nak update...masa cuti sekolah yang lepas, we all bawa the boys jalan-jalan ke City menaiki public bus. Ini first time we all bawa the boys naik bas, sebelum ni if pergi city, naik kereta aje. Parking selalunya di Upark then gi makan then ronda-ronda kejap di Rundle Mall tu. Tak lama mana pun pergi city, dalam 1- 1 1.2 jam aje. So first time bawa naik bas, semuanya jakun la juga. Dengar radio from the driver pun dikatakan suara robot.
Melawat museum buat pertama kalinya after 3 years berada di Adelaide. Kawan-kawan yang lain dah beberapa kali dah pergi sini dengan anak masing-masing while us baru nak berjinak-jinak pergi sini.
Kebetulan hari yang we all pergi museum tu pun cuti sekolah, so pergi pagi-pagi takut ramai pulak orang nanti. Ada Dinasour exhibition tu yang takut ramai orang.
Tak sempat lagi nak bawa the boys pergi Adelaide Zoo, so tengoklah haiwan yang dah dikeraskan dulu kat museum ni.
Danish suka sikit animal compare to Ryan, bila Daddy Jack terangkan pada die, haram die nak ambik pedulik, dok berlari sana-sini aje.
Dah puas pusing-pusing dalam ni, tengok all the exhibitions so we all pun start beredar, budak-budak pun dah makin ramai, ada yang datang bersama keluarga, ada juga yang datang secara group.
Lepak kejap di pathway tu sambil the boys berkejaran dengan sekumpulan burung-burung disitu. Lupa pulak bawa roti, kalau tak boleh aje bagi makan pada birds tu.
As usual, being silly together.
Dah berjam-jam jalan, baru perut terasa lapar, singgah Knoodle kejap cos the boys tak mahu makan nasi, nak makan mee dulu sebelum makan nasi. Masing-masing nak makan Curry Mee, so order satu mangkuk but kena share cos portionnya sangat besar.
Punyalah suka dapat makan mee kari, habis semangkuk ni Ryan makan. Berselera sungguh nampaknya.
Hai, kena juga membeli, ingatkan dah bawa jalan-jalan and makan luar taklah nak beli apa-apa. Daddy Jack pun melayan ajelah.
Sempat singgah kejap untuk tengok Fairy Story Tell kejap.
Lepas tu masing-masing lapar balik, so singgah kedai favourite Danish, Swinging Bowl untuk tapau lauk aje bawa balik. Dalam bas untuk balik ke rumah, berdoa lah agar the boys tak tidur, satu hal pulak nak mengejutnya.
Sempat beli bola basketball di City, tu yang Daddy Jack layan aje. Kalau beli benda lain, mmg tak layan la. Daddy Jack berhasrat nak bawa balik Malaysia tiang basketball tu, so sementara nak beli practice dulu kat sekolah.
A beautiful sunset during early autumn. I will miss this kind of weather, not too hot and not too cold. Just suam-suam kuku aje, bak kata orang Melayu.
No comments:
Post a Comment