Danish 8th birthday celebration disambut dengan tema Superhero. I was so glad Danish memilih tema ini cos after bertahun-tahun memilih tema sukan aje sampaikan naik jemu pula nak membuat all the preps. So, bila dah ada tema yang lain dari yang lain, we all memang all out untuk melaksanakan beberapa perkara untuk menjadikan birthday party Danish satu memori buat kami sekeluarga. Bila tahu tema Superhero ni, Daddy Jack beria-ia suruh we all semua memakai costume Superhero. Mujurlah ada jumpa yang berkenan di hati. Masa pilih costume ni, dalam hati berkata "nanti apa orang cakap, poyo aje they all ni sibuk bercostume apa bagai" tapi bila pikir balik, lantaklah apa orang nak cakap, ini majlis I, kalau ikut cakap orang tak kemanalah jawabnya...ikut orang tu, if rasa poyo tak payah datang, habis cerita.
For the boys, mcm-mcm Superhero yang mereka nak jadi..even dah beli beberapa costume pun sebelum they all make up their mind. Jadilah Ryan the Captain America and Ironman for Danish. Mujurlah Danish tak memilih tema Wrestling, kalau tak, jenuhlah Mummy nak pikir apa character yang sesuai untuk Mummy ni.
Mujurlah ada geng ayah-ayah yang turut menolong untuk menyediakan belon helium untuk menyerikan lagi majlis kami. Terima kasih pada Abang Rodi, Abang Shibi, Abang Fizul dan juga Anep.
Geng yang tak putus-putus membantu dikala I memerlukan bantuan sana-sini, terima kasih semuanya.
By 6pm tetamu dah mula ramai, we all sampaikan tak menang tangan nak melayan semuanya. The kids pun sama, terlalu seronok berada disini, tak sempat nak jumpa pun. Lepas masuk semua berlari ke playland.
Majlis kali ini memang meriah dengan kehadiran families from Danish's soccer team dan juga kawan-kawan sekolahnya di East Torrens selain dari komuniti Melayu disini. Memang havoc jadinya dengan jeritan anak-anak yang menjerit, ketawa, ada juga yang menangis.
Tepat at 645pm semua the kids disuruh makan dulu, sebelum sambung main. Nanti dah main ada yang pening atau perut masuk angin sebab tak makan. So semua masuk party room untuk makan dulu kenyang-kenyang. We all sediakan spaghetti dan juga pizza serta fruits untuk the kids while menu untuk adults disediakan asing.
Ada juga yang dah tak sabar-sabar nak main, so makan pun cepat-cepat aje. Tapi kena pastikan dulu semuanya habiskan at least a slice of pizza.
Seronok tengok the kids yang makan sambil seronok dapat berjumpa kawan-kawan. Wajah-wajah yang comel-comel ini bakal dirindui bila semuanya balik ke Malaysia nanti.
Some of the kids even wearing the costume, mostly Spiderman. Really cool kids !!
Antara tetamu yang sudi hadir walaupun dah malam and sejuk-sejuk ni, terima kasih yer
Ada juga mini celebration belated birthday untuk kawan-kawan rupanya, I tak sempatlah nak join sekali..tahu-tahu ja ada cake bila dah habis majlis ni.
Danish and one of his classmate, Ezequiel yang datang bersama adiknya Cesar
Cheeky boys Adam and Adib yang so supporting bergambar dengan Ironman Danish. Bila tengok Adib teringat masa mula-mula sampai Adelaide, Ryan besar macam ni la tahu-tahu dah 5 tahun dah bila balik Malaysia. Sungguh cepat masa berlalu tanpa disedari.
Meriah sangat!
ReplyDelete