Nuffnang Ad

Wednesday, 19 June 2013

The place for party

After me and Daddy Jack berbincang about Danish 8th birthday, we decided kali ini kita buat indoor pulak since cuaca tak menentu, dengan hujan and winter so taknaklah anak-anak kesejukan dan juga selsema pulak. We all memilih untuk membuat di Wacky Warehouse berdekatan dengan rumah we all aje, senang sikit.

Parking pun mudah, so after hantar Danish and Ryan ke school, we all pun ke Wacky Warehouse untuk bertanyakan tentang package yang disediakan.  Kalau ada budak-budak tak senang nak berbincang.

Banyak package yang disediakan tapi yang jadi masalahnya makanan kena order from them, tak boleh bawa makanan luar. Ada satu package yang hanya membenarkan cake sahaja dibawa, makanan lain tak boleh. Bila we all tengok menunya ada la menu for vegetarian tapi nugget spinach, spring rolls dan fish nugget. Rasanya tak sanggup tengok budak-budak makan itu aje, walaupun sure mereka nak main aje bila disini, tak peduli dah pasal makan. Ada yang kita boleh bawa makanan sendiri, that is kita hire that place for 3 hours berbanding dengan sewa bilik for only about 1 1/2 hours. So after kami berfikir panjang, we decided that kita sewakan aje tempat tu, walaupun ada orang kata kerja giler tapi this is our last birthday party here so we all nak bagi all the kids happy, lagipun nak juga ajak kawan sekolah Danish and juga team soccer die, so mmg ramai la budak-budak kena ada. Tak cukup kalau sewa bilik aje.

Ada jumping castle juga, tapi bila weekend, ianya ditutup sebab selalunya bila weekend mmg ramai family datang kesini so nak bagi kawasan yang luas untuk anak-anak bermain.

Ada giant slide lagi, mmg syoklah the kids main. Rasanya bukan kids aje yang seronok, mak ayah pun tumpang seronok jugak kut.

Some of the obstacles yang ada didalam playland tu. Im sure the kids will love this place

For kids under 3, ada tempat khas untuk mereka bermain, so tak perlulah nak berebut-rebut dengan yang besar, kang hilang atau jatuh susah pulak.

Very clean and tidy. Setiap 2 jam, kawasan ini akan dibersihkan oleh pekerjanya. Sangat efficient they all menjaga kebersihan tempat ini, setiap bola dilap dengan hygiene towel untuk mengelakkan kuman. If ada sampah, cepat-cepat mereka kutip.

Party room, mulanya we all tak nak guna this room tapi since tak mahu ganggu adults punya tempat so we decided untuk gunalan bilik ini untuk makan nanti.

Lots of balls here, setiap kali bola-bola ini tercampak keluar oleh some kids, pekerjanya akan mengutip bola and campakkan balik masuk ke tempatnya tanpa menrungut ataupun masam muka, Muka sentiasa ceria dan manis aje nampak.

Parents akan duduk disini sambil monitor anak masing-masing yang bermain di playland. Birthday Danish pada 10 Jun, tapi majlis ini we all buat awal sehari, 9 Jun cos on 10th June tu cuti Queen's Birthday so tempat ni tutup. Rasanya elok jugak buat sehari awal cos majlis ini bermula at 6-9pm, dah malam so adakalanya time tidur buat the kids so since esoknya masih cuti so bolehlah tidur lewat sikit. Lagipun rasanya, if dah main puas-puas kat sini, balik tu sure masing-masing tidur.

After balik sekolah, bawa Danish and Ryan untuk warm up the place. Danish tak tahu pun yang we all nak buatkan birthday party nya disini pada mulanya after we all bawa die ke sini barulah die tahu. He thought that the party akan dibuat dirumah, after we all buatkan invitation card, barulah dia tahu.

 Memang best tempat ni, tak tahulah samada di Malaysia ada tak package macam ni, setahu I tak ada. Cumanya kita boleh book party room sahaja, nak book the whole place memang tak adalah.

Sementara menunggu Danish and Ryan bermain dengan puasnya, I sempatlah order Fish and Chips disini untuk mengalas perut. Sedap juga makanan dia, ada a few lagi like Tuna Wrap dan juga sandwich tapi nampak Fish and Chips ni lagi menyelerakan.
 

4 comments:

  1. Mesti meriah besday party danish..tak sabar nk tunggu next entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh, dah ramai budak-budak mmg meriah Kak Atty, jeritan sana sini

      Delete
  2. Wahhhh bestnye..... Seronokla birthday boy and the gang... Hehehe happy birthday danish....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Had Sha
      Bukan hanya birthday boy dan friends, mak pak pun turut happy sebab semua tetamu berpuas hati

      Delete