Nuffnang Ad

Sunday, 30 June 2013

Training and washing

Walaupun sejuk-sejuk winter training dan perlawanan bola tetap diteruskan, even hujan lebat sekali pun. Aduh !! pernah sekali hujan lebat, mengigil tunggu tengah padang dalam kebasahan. Cuma ada sekali aje game dibatalkan sebab hujan mmg lebat sangat, turun satu hari so padang agak becak.

Tahan lah player ni pakai baju jersey aje, tapi mereka tak kisah sangat sebab mereka berlari sana-sini so agak panaslah. Baru-baru ni we all belikan Danish dan Ryan baju inner untuk main bola so taklah sejuk sangat especially bila training.


Setiap Rabu dan Jumaat, ada sessi training. Masa summer syoklah sebab siang panjang then bila habis training dalam pukul 7 tu masih cerah lagi.

 Tapi bila dah masuk winter, hmm pukul 6 pun dah mcm pukul 10 mlm, gelap gulita dibuatnya. Merasalah main bola dengan pasang lampu yang terang mcm kat stadium tu.

 Merasalah Danish dan Ryan main bola dalam keadaan sejuk


Kalau ada hari yang mmg sejuk sangat tu, I tak turun la, duduk aje dalam kereta, so Daddy Jack aje yang temankan Danish di tepi padang.

Seronok I yang akan tunggu Ryan punya training bila nampak ada matahari. I akan duduk berjemur di bawah matahari tu sambil berpanas kejap. Ohhh sejuknya memang tak sanggup nak tempuhi, sejuk sampai kulit habis kering dibuatnya.

So, lepas habis training dalam pukul 12pm, I start la kena cuci semua jersey dan juga boot, if not nanti tak kering. Jersey buaknnya boleh main masuk machine, Daddy Jack suruh basuh tangan takut rosak so kenalah basuh tangan. Mujurlah ada air panas, taklah kebas tangan tu berendam dengan cold water.

Paling tak tahan bila basuh boot after main dalam lecak....oh sangat seksa nak membasuhnya dengan segala tanah-tanah yang melekat tu. Adoii aii. Agak-agaknya Victoria Beckham buat tak macam I ni yer bila anak-anak die habis sessi training bola? Bertuahlah kan, silap-silap main pakai buang aje.

So, lepas I basuh jersey masing-masing kena belajar sidai sendiri. Boot I tak bagi basuh lagi, sebab sejuk so berendam tangan lama-lama pastu kang jadi main pulak. So I yang basuh semua so lepas tu masing-masing sidai sendiri punya.
 

No comments:

Post a Comment