Nuffnang Ad

Wednesday 12 June 2013

Busy with Superheros !!!

Phuhhhh, busy la minggu lepas, samai tak sempat nak reply comments dan juga tulis entry terbaru. Busy menyiapkan persiapan untuk birthday Danish yang ke 8 on last Sunday. Even tak sempat nak buat special entry for Danish. Memang busy, sampaikan tak cukup tidur dibuatnya. Kali ini Danish memilih tema Superhero for his birthday. Kebetulan pula banyaklah clothing yang berunsurkan Superhero ni, senanglah nak cari pakaian untuk costume nanti.

As always, the man behind the scene. Dia yang all out nak buat serba serbi, sampaikan nak tidur pun masih merangka apa yang perlu dibuat atau ditambah untuk majlis birthday Danish tu.

Banyak costume Superhero yang dijual di shopping mall. Ada Ironman, Spiderman, Superman, TMNT dan macam-macam lagilah. Kita pun rambang mata sebab semuanya cantik-cantik semuanya.

 As for me, berazam untuk membuat my own bisthday cake for Danish. Barang-barang semua dah beli, cuma mulanya agak takut...takut tak sempat nak membuat apa yang dirancangkan selama ini.

Daddy Jack pula menyiapkan berbagai-bagai benda sampaikan kepada tag makanan untuk tetamu. Maklumlah, birthday party kali ini bukan hanya dihadiri oleh kawan-kawan Malaysia aje, we all pun menjemput Danish soccer team family members and also his schoolmates jugak. So semua persiapan kenalah dibuat dengan teliti dan juga rapi.

Biskut yang wajib ada setiap kali birthday atas permintaan anak-anak, Sugar cookies and kali ni cuba membuat shortbread cookies pulak.

After 2 kali birthday sebelum ini cuba membuat the royal icing, Alhamdulillah kali ini sangat berpuas hati dengan my Royal Icing. Sangat menjadi, itupun after mengimport meringue powder dari Malaysia. Tak tahu mana nak cari meringue powder di Adelaide ni.

My Red Velvet cuppies untuk tetamu yang hadir. Dah pandai bermain dengan piping bag dan juga nozzle so dah bertambah keyakinan untuk mencantikkan cupcake ini. Sangat bangga dengan diri sendiri diatas pencapaian ini.

Gigih menyiapkan cake birthday Danish pada hari berlangsungnya party itu. Kira macam final touch up sebelum nak bersiap-siap untuk ke majlis itu.

Inilah hasil kerastangan I untuk birthday Danish. Belajar buat semua ini dengan menggunakan telefon aje. Even teknik serta penyediaannya pun sempat lagi berwhatsapp dengan kawan yang menjalankan business buat cake ini. Terima kasih, kawanku itu yang tak jemu berkongsi segala ilmu sampailan I berjaya menghasilkan kek ini.
 

Since temanya adalah Superhero, so I pun kenalah menjadi salah seorang Superhero jugak. Bukan I sahaja, satu keluarga menjadi Superhero. Tunggu gambar from my photographer for the details during the party yer. I tak sempat nak ambil gambar cos busy melayan tetamu.
 

8 comments:

  1. wahh..syoklah danish dengan tema kali yer. tak sabar nak tengok gina dlm baju superhero tu :) hehehe. anyway happy belated bday to danish :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliss
      tema yang lain dari yang lain, ikutkan Daddy die asyik tema suka aje, stress betul

      Delete
  2. salam kenal dari malaysia..air tangan ibu lah yg terbaik.. supermummy.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga Rina, mmg betul tu, air tangan Ibu adalah yang terbaik walaupun rasa penat tapi sangat berpuashati

      Delete
  3. madam balik malaysia
    dah boleh buat bisnes tok event :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. I tak pandailah nak berbusiness ni, takut kena tipu aje

      Delete
  4. kat shopping mall mana u beli bju superhero mcm dlm gambar tu..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli masa duduk kat Australia kak, sini tak pasti ada jual ke tak

      Delete