Nuffnang Ad

Thursday 6 June 2013

Rindu ber BBQ bila Summer

Yea, di kala sejuk-sejuk Winter ni terkenang waktu Summer dulu, seronok aje buat aktiviti makan-makan, bersembang-sembang sambil berBBQ di belakang rumah. Nak buat time winter ni rasanya menangis kut duduk kat luar tu sejuk-sejuk, makanan pun 5 minit ja panas, lepas tu sejuk. Berebut-rebut orang nak panggang ayam sebab nakkan kepanasan from the pit.

We all pun ni rasanya last buat majlis makan-makan dirumah, lepas tu dah tak buat. Memang ada plan nak buat last sempena we all balik nanti sebab ada 3 lagi niat yang belum ditunaikan. Insyallah, tak lama lagi nak buat majlis makan-makan di rumah lagi.

Mujurlah ada anak-anak dara yang sudi membantu kerja-kerja menyusun kuih muih, senang sikit kerja tuan rumah. Untungla ada anak dara sekarang ni, dah boleh diharap.

Tuan rumah yang bekerja keras untuk memanggang ayam-ayam sebelum kedatangan para tetamu

As usual, budak-budak dok happy lah main bola sesama kawan-kawan dulu, masa ni makan semua dah tak ingat dah.

Sesekali nak juga tunjuk skill di pit BBQ kan. Syok juga, Di Malaysia tak tahulah boleh ker tak ada masa nak berBBQ di hujung minggu macam ini. Kang ada yang cakap "Ala taulah die tu baru balik oversea, dok sibuk berBBQ apa bagai"

Bermacam jenis ada, sausage, ayam, daging malahan ada tetamu yang bermurah hati menyediakan lamb pulak tu. Itu memang terbaik. Terima kasih !

Eksyen aje lebih ni....

Kalau orang Melayu di Adelaide buat majlis makan-makan, meja mmg penuh dengan segala macam jenis kuih muih dan juga juadah. Dah ada meja yang panjang pun kena letak lagi meja yang pendek untuk letakkan segala macam jenis makanan yang tetamu bawa. Alhamdulillah, murah rezeki semuanya.

Nasi glamour buat masa ini, Nasi Kuning from Najwa. She's really a good rice cook. Menjadi aje nasi-nasi nya. Walaupun bila nak order nasi dengannya, dia risau takut orang boring makan nasi yang sama tapi percayalah, ku tetap tak boring. Nanti lain kali, kita cater awak lagi yer.

Makin ramai geng yang datang, makin leka lah main

Antara yang menolong untuk membakar ayam dan juga daging
 
Adik-adik baru yang dikenali melalui Instagram. Mostly undergrads ni..ada yang baru beberapa bulan sampai di Adelaide untuk sambung belajar. All the best, to you guys.


Antara teman-teman yang sudi hadie memeriahkan majlis Summer BBQ ini

Bila berkumpul macam ni, seronoklah dapat bersembang bertanya khabar, bertukar pendapat serta  bersembang santai. Nampak aje berjiran atau duduk dekat-dekat tapi agak payah juga nak berjumpa sebab masing-masing ada komitmen bersama keluarga.

8 comments:

  1. sy tgk pun dah sedap...bestnya kalau ada dapur grill sebesar tu kat umah sy...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti Kak Gina balik, bolehlah jemput datang..kita buat BBQ sama-sama yer

      Delete
  2. Salam perkenalan Sis.
    Berblogwalking sambil baca pengalaman mereka di perantauan. Wahh bestnyer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ctsal
      Salam perkenalan juga. Memang seronok tapi duduk di negara sendiri lagi baik

      Delete
  3. Salam Gina,
    Bila balik nanti tentu rindu semua ni kan.. kalau buat makan2 kat sini mmg sah penuh meja sbb tetamu bawa makanan sekali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Ummi, memang akan rindu semua ini tapi nak buat macamana kak, kita ni hanya datang sementara aje di negara orang, dan haruslah berpijak di bumi yang nyata, kan.

      Delete
  4. Replies
    1. Sarah
      Nanti if duduk berdekatan dengan rumah I di KL, boleh aje datang kita buat BBQ pulak yer

      Delete