Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri, sekejap aje terasa Ramadhan akan berlalu. I ni persiapan raya pun belum buat lagi, masih berkemas-kemas rumah lagi cos nak balik tak lama lagi. Tapi, Insyallah..akan cuba membuat juga beberapa persiapan untuk berhari raya nanti. Sempat jugaklah membeli buku hasil nukilan Kak Azlita secara online from MPH and terus dihantar ke sini. Insyallah, akan cuba membuat beberapa resepi yang ditandakan.
Kadang tu if malas masak, order ajelah pada kawan-kawan yang berniaga disini, mujurlah ada yang sudi nak berniaga kalau tak jemu jugak masak sendiri hari-hari.
Adakalanya buntu juga nak memikirkan pasal menu. We all jenis berbuka puasa tak makan nasi so menu kenalah bertukar dari mee/bihun/kuay teow ataupun western aje. Tapi bila sahur mulalah pening nak pikirkan laun nak dimakan dengan nasi.
Kadang tu ada juga yang jemput datang berbuyka puasa bersama mereka. Masing-masing pakat-pakat membawa lauk dan juga juadah bersama.
Makan ini dulu then solat maghrib dulu. If not, nak rukuk dan sujud rasa berat aje sebab perut dah kekenyangan.
Then lepas tu barulah balun makan ni. Berseleralah makan nasi putih, masak lemak nenas ikan masin, kangkung goreng belacan, sambal belacan serta ikan goreng. Sejuk-sejuk pun tak terasa sebab syok menikmati masakan kampung macam ni.
Kalau datang mood rajin, practice la membuat rendang ayam dan juga nasi impit untuk dibawa ke rumah tetamu.
Selain Ummi, sorang lagi yang diam-diam pandai masak adalah Faridah. Sekarang ni Faridah duduk di rumah yang Kak Azie duduk dulu, so macam turun temurun la rumah ni semuanya pandai masak. Faridah akan beraya di Malaysia tahun ni, Isnin depan akan balik bersama keluarga. Tak sangka yer Faridah, ada bakat terpendam rupanya.
Project weekend minggu lepas, after jemu dah mengadap mee/bihun semua so kita buat steamboat ala-ala Johnny's ajelah. Okay jugak tu sebab cuaca pun sejuk so sambil tu bolehlah panaskan padan dengan asap from the pot, kan. Huhuhuhu, 1 minggu lagi sebelum Ramadhan mengundur diri, nampak gayanya menu bertukar ajelah silih berganti yer.
stlye husband sy....kalau berbuka x suka makan nasi
ReplyDeleteRizziela
DeleteOhh ramai juga style orang berbuka tak makan nasi yer, ingatkan husband I sorang aje
seronok lihat pengalaman orang di rantauan
ReplyDeleteAlin Marlini
DeleteMemang seronok cos semua masakan kita boleh buat sendiri rupanya, rasa seronok juga bila ada jiran tetanggan yang boleh bertukar-tukar juadah
salam..
ReplyDeletekadang2, juadah org yg berpuasa kat oversea ni, lagi meriah dari org kt mesia ni :)
Salam Shikin
DeleteOhh ye ker? Mungkin jugala cos bila di Malaysia semua boleh beli, tapi tak tahan tu nak kena berebut-rebut dengan orang ramai kan