Minggu lepas rumah we all menerima tetamu istimewa. Surah dan keluarga bermalam dirumah kami sebelum mereka balik ke Malaysia for good. Tumpang tidur aje katanya cos rumah mereka dibersihkan untuk orang baru masuk so nak biarkan semalaman. We all menerima kedatangan mereka dengan tangan dan hati yang terbuka. Belum pernah lagi ada yang sahur bersama kami seluarga, selalu hanya kami aje yang sahur berdua, so kali ni rasa meriah sekali. I sanggup pulak tu bangun awal, memasak untuk kita semua. Sebelum ni masak malam sebelum aje tapi sebab happy punya pasal, gigih bangun masak.
Surah sebelum puasa tak berapa sihat, suspect pnuemonia but now she's getting better and better. Mungkin sebab stress dan terlalu banyak memikir tu yang membuatkan Surah tak begitu sihat.
Pagi tu Surah dan Abang Shibi ada inspection di rumah so anak-anaknya ditinggalkan bersama dengan I. I okay aje lagipun tak ada buat apa-apa pun, tunggu petang sikit baru nak masak untuk berbuka. Ika dan Zakuan main game ajelah tapi kesian jugak takut penat melompat, berlari sana sini sambil main Kinect.
Kebetulan pulak Ummi ajak datang berbuka di rumahnya so Ika, anak Surah ajak buat buah melaka. Okay ajelah, minta tolong Surah yang bancuhkan tepungnya cos hari tu I buat mcm tak berapa nak jadi sangat. Masing-masing peliklah tengok Surah dok bancuh tepung tu.
Kemudian nak bagi yang kenit-kenit ni duduk diam, ajak sekali bulatkan doh tu untuk dimasak. Semua sukalah dapat main doh.
Nilah hasilnya tangan-tangan kecil yang membantu menbulatkan buah melaka tu, ada yang kecil ada yang besar. Masuk periuk, golekkan atas kelapa tunggu ajelah hasilnya mcmana. Nampak timbul elok aje walaupun Surah cakap takut tak jadi sebab masa bancuh tu dia pening kepala sikit.
Sungai tepi rumah ni, airnya mengalir deras, after seminggu hujan.
Rumah Ummi hanya selang 10 buah rumah aje dengan rumah I, dialah jiran terdekat selain dari Najwa. So jom la kita berexercise untuk ke rumah Ummi dengan berjalan kaki di kala sejuk-sejuk ini.
Diam-tak diam, penuh meja dengan makanan yang Ummi masak. I cuma bawa sizzling mee, asam pedas daging dan buah melaka aje tapi Ummi menyediakan masakan yang lagi best. Tak sangka yer Ummi, diam-diam ubi, pandai masak rupanya.
Ummi sediakan kari ikan ala utara dan juga sambal belacan power. Lepas aje azan berbuka bila buka penutup kari, semerbak baunya. Selama ni we all makan kuih then solat maghrib tapi dek kerana bauh kari yang menusuk kalbu terus masing-masing mencapai pinggan dan terus makan nasi. Ohhh, memang sedap, sambil makan dengan sambal belacan, memng terasa mcm makan di Utara kata Abang Shibi. Surah pun tambah berselera makan, sambil pulak dapat nasi yang lembik-lembik itu yang die suka, katanya. Now I know Ummi, hang pandai masak kari ikan dan sambal belacan power yer. Lepas ni, I order ajelah dari Ummi kalau teringin nak makan sambal belacan.
No comments:
Post a Comment