Minggu lepas memang dapat banyak jemputan berbuka di rumah kawan-kawan sekitar Adelaide, so boleh bilang dengan jari aje, berapa kali aje yang I masak untuk berbuka. Antaranya, berbuka di rumah Aqilah yang dah semakin kosong itu tapi gigih menyediakan juadah berbuka sampai penuh meja. Aqilah akan balik for good this August after 9 tahun belajar disini, dari bujang, berkahwin dan now dah ada baby girl, Aliya. Aliya pun made in Adelaide jugak.
First time membuah kuih lapis, tapi ada yang tebal dan ada yang nipis, kena perbaiki lagi aktiviti melapis selepas ini.
Antara jemputan yang hadie, Aliya yang berbaju belang-belang tu..baby yang cute after Maiesha balik Malaysia.
Salute dengan Aqilah cos ada her own specialties, Nasi Pilaf yang sedap. Rempahnya dibuat sendiri not from the box. Tu yang I suka duduk sini, semua yang datang ada kepakaran masing-masing, jangan tipulah cakap tak pandai masak apa semua, belum cuba belum tahu, kan. Now, ada kawan-kawan di Adelaide ini yang pandai buat sambal belacan power, cili kicap yang pedas berdesing telinga bila makan soto ataupun mee sup. I memang tak pandai buat 2 benda tu, so order ajelah pada yang pandai dan sedap di tekak I ni.
salam kak gina..can i have u emel ? :)
ReplyDeleteSorry lambat balas, my email address
Deletegina_manan@yahoo.com