Nuffnang Ad

Friday, 16 August 2013

Just cuts

Bila dah buka sekolah ni, rambut semua nak kena kemas, padahal sekolah sini taklah menitik beratkan soal rambut sangat, tapi kita bukannya nak duduk lama sini so balik Malaysia nanti pergi sekolah, semuanya kena berambut pendek. So far Danish tiada masalah berambut pendek cuma adakalanya nak berfesyen aje. Rambut pacaklah, tegak la, mcm-mcm.

Yang ini yang paling takut sekali bab-bab rambut ni, tak pernahnya nak berani duduk kat kerusi tu. Macamanalah nak uruskan hal rambutnya nanti bila balik Malaysia nanti.

Rambut yang huru hara dibuatnya, dengan I pun tak mahu juga if I nak trim hujung-hujung tu. Padahal jenuh dah pujuk, siap bawa kedai gunting yang ada DVD player, even PS3 tapi sikit pun tak dilayannya.

Danish dah biasa dibawa Ibu ke kedai mamak masa di Malaysia dulu, biasalah bila nenek yang jaga so kenalah ikut arahan kan.

Teliti sungguh hasil kerja the hairdresser, kalau kat mamak rasanya 10 minit settle, ni Danish aje dekat 30 minutes dikerjakan rambutnya. Mujur seorang, kalau satu family potong rambut, maunya berejam kami berkampung kat kedai tu.
 

No comments:

Post a Comment