Seminggu sebelum Ibu dan Ayah datang, we all terpaksa memberikan laluan kepada Surah sekeluarga untuk kembali ke Malaysia. Surah hanya balik beraya sahaja then akan kembali lepas raya tapi Abang Shibi serta anak-anak akan balik terus ke Malaysia.Satu kehilangan yang besar buat kami disini kerana Surah dan keluarga sangat baik dengan kami, hujung minggu sering melepak bersama sambil makan mee kari, laksa ataupun cucur, berborak-borak dan anak-anak bermain di yard yang sangat luas tu.
Kebetulan pagi Sabtu tu Danish ada game di depan sekolah rumah Surah tu, tapi Danish tak boleh nak menghantar Surah sekeluarga ke airport cos ada birthday party from his classmate, so jumpalah dulu dengan Zakuan yang selama ini menjadi teman bermain lepas Aqil balik. Nampaknya for a few weeks ni dah tak adalah geng nak main sama-sama pulak.
Antara geng-geng Abang Shibi yang menghantar ke airport. Sorang-sorang akan balik, ada yang baru sampai beberapa hari sebelum Abang Shibi balik.
Huhuhuh, sedih beraya tanpa mu Surah. Teringat kenangan tahun lepas, Surah ambil risiko masak kari daging 10kg and it turned out to be delicious !!! Youre such a good friend, a good listener and also my shoulder to cry on. Nanti balik sini balik, berusaha sekeras-keras yang mungkin untuk kejayaan demi anak-anak dan suami yang ditinggalkan di Malaysia.
Tinggallah antara geng-geng hawa ini, pulangnya Surah maka tiadalah lagi tempat untuk we all lepak setiap hujung minggu lagi. Tiada lagi pembancuh Nescafe yang tegar yang membuatkan kami macam ketagih lepas minumnya.
Surah datang lewat beberapa bulan dari kami tapi Surah sekeluarga balik awal dari kami.
Dah beberapa kali dah pergi airport menghantar kawan-kawan yang balik, sedih memang terasa.
Anak dara Surah, Ika dah besar dan boleh bertanggungjawab menguruskan adik-adiknya. Ika macam big sister pada sesetengah girls kat sini, bila berlonggok rumah Surah, Ika la yang rajin melayan mereka bermain dan bersembang.
Bulan Januari dulu, macam ni jugaklah sessinya, tapi dengan Kak Azie, tapi kali ni dengan Surah pulak, rasa lemah badan ni dibuatnya. Betullah orang kata, perpisahan itu sangat perit tambahan bila kita dah mengenali sesorang itu.
Kami-kami yang masih tinggal untuk meneruskan kehidupan di Adelaide ini.
Mujurlah ada Mukhlas yang sebaya dengan Danish, tapi Mukhlas ni pun jauh tinggalnya. Kalau nak berjumpa pun tunggu hujung minggu ajelah bila, itupun tak boleh lama berjumpanya cos Abang Rodi bekerja.
Tinggallah Aimi seorang sekarang ni tanpa Ika, selalu kemana sahaja sure berdua.
Dah tiadalah aktiviti setiap Sabtu dan Ahad pagi ke garage sale ataupun Sunday Market buat Abang Shibi. Abang Shibi ni we all panggil Handy Mandy, apa sahaja boleh dibaikinya. Bila pi garage sale tu, ada aje benda-benda pelik yang die jumpa sampaikan rasa kagum jugaklah.
Selamat kembali ke Malaysia, semoga persahabatan antara kita terjalin erat. Bila masing-masing dah balik Malaysia entah bila kalanya nak berjumpa macam disini, masing-masing dah sibuk dengan urusan sendiri. Insyallah, bila ada kelapangan, bolehlah kita bersua di tempat masing-masing.
Tinggallan Kak Zack, antara yang rapat dengan I. Teman berborak, meluahkan perasaan serta bergelak ketawa.
Bon Voyage, Surah sekeluarga. Selamat meneruskan kehidupan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment