Dah nak masuk bulan 6 ni mulalah mak ayah semput sebab birthday Danish. As usual as party planner yang tidak bertauliah, mulalah membuat persiapan sebulan sebelum berlangsungnya majlis. Tema kali ini, telah diulangi setiap 4 tahun sekali sempena dengan World Cup. Tema yang telah digunakan pakai dari tahun 2006, 2010 dan sekarang kembali lagi pada tahun 2014.
Misi pencarian venue pun bermula, padang futsal menjadi pilihan utama
Jumpa satu yang berkenan di hati tapi pencarian harus mencari lagi
Lama tak menyinggah kedai favourite I ini. Tapi kali ni berjaya menahan diri dari membeli cos ada yang masih belum pakai dan masih tersimpan rapi di dalam kotak lagi.
Dah alang-alang pergi berdua, so kami lepak Chillis ajelah, lama jugak tak makan disini.
Semuanya menjadi karnivor, Mixed combo fajitas and lamb shoulder menjadi pilihan kami berdua.
Pertama kali menjejakkan kaki ke Hamleys, tapi rasanya tak semeriah macam di Toys R Us.
Tempat kegemaran Daddy Jack, diam-diam dia pi sini ja.
Ohhh, boleh buat birthday Daddy Jack kat sini August nanti.