Nuffnang Ad

Thursday, 26 June 2014

Father's Day celebration

We all lambat sikit celebrate Father's Day tahun ni, selalu buah high tea tapi disebabkan Ayah ada hal so kita buat pada malam harinya. Tempat lain dah penuh so dapat buat booking di Hotel Intercontinental, yang dulunya dikenali dengan Hotel Nikko. Masuk tu dah rasa terpegun jap dengan tangga yang macam ala-ala cerita hindustan ni.

Menjamu selera di Serena Braisserie, mujurlah orang malam-malam ni tak ramai, so puaslah we all yang bawak anak-anak kecik ni makan, tak ganggu orang lain dengan hiruk pikuk semua.

Berkesempatan bermaghrib disini. cantik suraunya, dihiasi dengan beberapa hiasan yang simple. Telekung pun masih baru semuanya.

 Makanan pun sedap-sedap semuanya, ketatlah kejap perut dibuatnya

Tapi dessert sectionnya macam agak hambar sikit, tak begitu menarik tapi budak-budak sukalah sebab ada choclolate fountain.

Aiyoooo, meleleh air liur tengok Le Cruset jadi deco tabble buffet. Sempat beli satu ja masa kat Adelaide, cos tak sempat nak angkut yang lain. Tunggu la, nanti bila datang Adelaide lagi, akan borong banyak-banyak.
 

Wednesday, 25 June 2014

Majlis aqiqah Haqq Akmani

Hari Sabtu if ada kelapangan memang akan singgah ke Pasar Tani untuk membeli barang-barang basah. Selalunya keluar pagi dalam pukul 7, sebab nak parking kereta dekat, kalau lambat memang kena parking jauh-jauhlah. Lagipun nak beli ikan ayam semua kena pergi cepat, kalau lambat dapatlah yang dah kena picit dan tak cantik-cantik.

Dah banyak dah gerai-gerai yang dibuka sekarang ni, even ada yang menjual grill lamb sekarang. Dulu suka beli yong tau foo dari seorang pakcik ni tapi sekarang dah tak ada dah.

Memang pantang lalu gerai makcik yang menjual sayur-mayur kampung ni. Banyak sangat pilihan sayur kampung serta ulam-ulamannya.

Hobi baru yang cuba disemai, teringin nak ada kebun sendiri. So far dah ada pokok cili, pegaga dan kat sini beli pokok kari dan juga limau purut. Insyallah, berjayalah hidup kesemua pokok-pokok tu hendaknya.

Petangnya ada majlis aqiqah anak saudara yang baru, Haqq Akmani di rumah adik I. We all bahagi-bahagikan kerja sesama adik beradik. I diminta memasak Nasi Arab untuk tetamu. First time masak nasi arab guna periuk atas dapur, selama ni guna periuk letrik aje. Alhamdulillah, semuanya menjadi.

Sekarang ni family we all if ada kenduri kendara tak perlu dah nak sibuk ambil tempahan kambing golek atau kebab sebabnya semua kelengkapan tu ada so kita just cari bahan-bahannya dan buatlah banyak mana yang we all nak.

 Alhamdulillah, majlis marhaban berjalan dengan lancar.

 Semua persiapan dilakukan sendiri oleh kami adik beradik

Masing-masing tak dapat menahan diri dari kepanasan sampai dah naik berlengas dah muka.


Semua juadah diatas dilakukan kami sekeluarga. Menu hari tu adalah nasi arab, kambing golek, kebab, laksa asam, rendang dan pulut kuning. Phewww, dah macam kenduri kahwin aje dah majlis rewangnya.

Tak sempatlah nak membuat kuih muih dan kek untuk tetamu, so itu ajelah yang dibeli dari kedai.Tak sabar nak tunggu merewang bila time nak buat open house Aidilfitri nanti...eh, eh puasa pun belum dah pikir pasal open house pulak, kan.
 

Tuesday, 24 June 2014

Ryan oh Ryan

Dah dekat 6 bulan, Ryan bersekolah di Malaysia. Alhamdulillah he managed untuk menyesuaikan diri dengan suasana disini. Sekolah yang bermula at 8am dan habis at 3pm memang agak meletihkan juga. Tambahan pula, ada beberapa kelas yang we all masukkan dia di kindy like taekwando so balik sekolah tu, 5 minit lepas masuk kereta memang lentok punyalah.

Balik sekolah kalau tak letih sambung la baca buku BM sekejap, then afther that sambung main di luar. Malam dalam 30 minit buat Maths, Bahasa Arab dan juga English sikit.

Lepas Maghrib, dah settlekan dinner sambil tu ada ajelah benda yang nak diborakkan psl sekolah la, kawan dia la takpun pasal teachernya. Selalunya makan kena bersuap tapi memang lama lah nak habiskan sepinggan nasi tu sebabnya melayan dia bercakap.

Sangat ketara perubahan si kerinting ni..yang baju merah tu gambah buat passport lepas kena sound dengan Immigration Australia bila gambar kat passport masa umur 6 bulan, so muka agak lain sikit. Yang baju biru tu masa umur dalam 1 tahun nak buat passport juga tapi sebelum pergi Australia. Baju kotak-kotak gambar terkini yang diambil bulan December lepas sebab nak gambar untuk uruskan hal sekolah.

Kalau bab bahasa Arab memang I surrender la sebabnya tak berapa mahir sangat, so sekarang ni memang tengah mencari guru bahasa Arab ini untuk mengajar Danish dan juga Ryan. Try juga tanya cikgu sekolah Danish tapi belum ada feedbacknya.Ada sesiapa yang berminat?
 

Wednesday, 18 June 2014

Gambar makanan lagi

Sejak balik Malaysia ni, dok rajin la mengambil gambar-gambar makanan, baik yang masak sendiri ataupun makan di kedai. Biarlah orang cakap yang suka mengambil gambar makanan ni sakit mental la apalah tapi ianya jadi satu kepuasan kepada diri I sendiri. Bagi gambar yang I masak tu, terpulanglah pada individu yang melihatnya. Niat saya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau riak tapi sekadar perkongsian sekiranya ada sesiapa yang nak minta resepi itu sahaja.

Keropok lekor ala-ala Losong yang dibeli masa balik Kuantan lepas. Goreng panas-panas sambil minum Nescafe panas, sedap juga.

Budak-budak balik sekolah, baru nak pikir nak masak apa. Menu selalunya adalah kari pilihan Danish.

Sesekali bila malam, teringin pulak nak makan waffle A&W. Mujurlah dekat dengan rumah and shopping mall tutup pukul 10pm. Kalau masa kat Adelaide, malam-malam semua aktiviti memasak kena buat sendiri.

 A big feast bila ada jemputan makan-makan

Bila Daddy Jack kena bertugas on Saturday, bawak la budak berdua ni keluar makan roti canai dekat dengan rumah.

Kalau tanya Kerinting nak makan apa, jawapannya adalah kuah asam pedas ikan. 

Permintaan dari kawan di Adelaide, teringin nak makan sambal hitam bila bulan puasa nanti. Sebalang ku kirimkan buat kawan-kawan yang masih berada disana, tanda ingatan dan kasih sayang..hehehehehe.

Diperkenalkan dengan tempat makan yang baru, Restoran RSMY di belakang Hospital Colombia di Setapak yang terkenal dengan roti nan cheesenya. Tandoorinya pun sedap juga.

 Makan cheese naan dengan beef keema memang sangat sedap

Dah lama tak buat Churros, sesekali buat dan cicah dengan Belgian Chocolate dan juga Salted Caramel memang sedap. Nanti nak buat lagilah, tak puas makan hari tu.

Tuesday, 17 June 2014

Post exam

Sebelum cuti sekolah yang lepas, Danish pertama kalinya memgambil exam di sekolahnya. Ujian pertengahan tahun di sekolahnya berlangsung selama 2 minggu. Mak ayah yang panik kejap bila anak nak periksa ni, maklumlah baru first time nak ambil exam.

Hari pertama nak exam tu, hantar depan pintu kelas sambil berbakul-bakul kata-kata semangat dan juga pedoman nak ambil exam. Danish cool aje, tapi Mummy pulak yang rasa nervous, nak muntah segala.

Si kerinting pun turut sama ada assessment. Balik sekolah berlumba-lumba nak buat kerja sekolah yang cikgu bagi. Seronok, katanya. Yer seronok yer..tunggu la masuk primary nanti, masa tu nak tengok seronok ke tak.
 

Wednesday, 11 June 2014

Reunion Adelaidian


Tak menyangka lah nak berkumpul ramai-ramai mcm gini bila dah balik Malaysia. Kalau di Adelaide dulu memang yer tiap hujung minggu sure la melepak sana-sini merata rumah kawan-kawan sambil makan and makan lagi.

Seronok la sesekali dapat berjumpa, so macam cerita keluarnya.

Antara yang sempat menhadirkan diri. Tak sangka dapat jumpa Kak Azie yang sini sarat berbadan dua.

Laksa Kak Aishah yang power masa duduk di Adelaide dulu. Until now pun masih berbisa macam dulu jugak.


Undangan ini sebenarnya surprise birthday untuk Abang Syed. Kak Yat la yang punya idea ni so masing-masing excited nak berjumpa.

Kalau kat Adelaide dulu, kedai hijau ataupun Cheesecake House yang jadi pilihan tapi bila balik Malaysia, Secret Recipe ajelah selalu yang dibeli untuk majlis harijadi.



Danish dan Ryan seronok la dapat jumpa Aqil dan Yaya. Bertukar-tukar cerita hal sekolah dan kawan-kawan di Malaysia pulak.