Nuffnang Ad

Wednesday 12 November 2014

Foodgasmfest 2.0

Sekarang ni ramai dah penganjur sekitar KL menganjurkan festival makanan di taman-taman, dah macam cendawan tumbuh aje dah. Hampir dikatakan setiap minggu ada aje food festival sekitar KL, PJ ataupun Shah Alam. We all pun tak ketinggalan juga..our first food festival adalah di Taman Rimba Kiara, Foodgasmfest.

The set up memang macam picnic habis. Pengunjung kena membawa tikar dan juga shades untuk kegunaan masing-masing. 

Mujurlah banyak juga pokok-pokok yang meneduhkan lagi our picnic sport disini. We all sampai awal, so tak ramai lagi orang yang duduk di sekitar.

Sempat juga bermain-main dengan bubble yang dijual disini

Ada juga disediakan inflatable khusus untuk kanak-kanak

Selain makanan, ada juga stall yang menjual pokok kaktus, pakaian tapi agak mahallah disini.

Nak try karipap yang berbagai saiz pun ada disini

Lamanya tak makan sengkuang calit ni, last makan time sekolah rendah dulu gamaknya. Masa duduk di Adelaide tengok juga semusim orang dok sibuk makan sengkuang calit ni hah, telan air liur ajelah masa tu.
 
  
Sekeping sengkuang calit harganya RM2, dulu sekeping hanya 50 sen sahaja. Tapi berbaloi harganya sebab besar dan tebal.
 
Photobooth pun ada juga, tapi we all tak la sibuk nak bergambar pun.
 
  
Mengimbau kembali zaman kanak-kanak...sengkuang calit dan juga aiskrim Malaysia.
 
Seronok la masing-masing dapat main bubbles yang dibeli, 2 set for RM20 sahaja.

Aduh !!! tengok yang menjual cake dan juga pelbagai jenis dessert, sampai juling mata nak memilih yang mana satu untuk dimakan. Dah namanya festival makanan kan, haruslah pelbagai jenis makanan ada.

Sesiapa yang nak sertai ujibakat untuk cover majalah pun ada juga. Patutlah nampak budak-budak muda datang siap berskirt, kasut tumit tinggi semua, make up tebal rupanya nak ke sini


 Churros pun ada juga, makan panas-panas memang sedap la kan

Teringatkan San Churros di Adelaide, aduhhh cepatlah nak pergi Adelaide balik, macam-macam nak beli dan makan nih

Foodtruck konsep sekarang ni banyak dah dibuka di sekitar KL ni, kebanyakan jual makanan yang simple like burger, hotdog, spaghetti dan macam-macam jenis light food. Baguslah kan, banyak la sikit pilihan selain dari restoran ataupun fast foods yang lain.

Abaikan peha gedabak tu, tapi fokuskan mata pada steak sandwich TheBoysFoods tu ya, sangat menggiurkan !.

Abang ni juga yang laku jualannya, bubble set. Ada yang boleh disewa ataupun beli setnya.

The boys asyik main bubbles tu sampai entah berapa kali nak kena refill so we all beli botol besar terus senang, macam abang tu cakap, main sampai demam.

Bila hari semakin panas, masing-masing tak dapat menahan diri so makan dalam kereta ajelah sambil pasang aircond.

 Daddy Jack pun sama laparnya, makan pun ala kadar masa berpicnic tadi

Best memang best festival ni tapi ada satu benda yang tak begitu bagus adalah penjualan air. Rata-rata ramai pengunjung yang tidak berpuas hati dengan pihak penganjur. Pihak penganjur tidak membenarkan mana-mana gerai menjual air, aiskrim dibenarkan. Dalam mana-mana jualan, air memang akan laku kan. Penganjur hanya menjual air soda dalam botol macam ni. Tak ramai yang meninum air gas, kan. Bila dah ramai tertumpu ke gerai penganjur, air habis so tak ada back up. Dengan orang membeli beratur punyalah panjang, so sangat tak teratur semuanya.

Apapun, we all semua bergembira disini. Menghabiskan hujung minggu bersama keluarga dan juga keluarga memang best. Harap dapat mengunjung beberapa festival santai yang lain.
 

3 comments:

  1. Salam kenal Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete
  2. ala terlepas peluang nak g..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni macam-macam jenis food festival ada, tengok aje kat Instagram under Foodasgasm

      Delete