Nuffnang Ad

Tuesday 7 April 2015

Merundle Mall

Ahad pagi dah tercongok di Rundle Mall, dah banyak perubahan yang terjadi. Masa we all balik dulu, tengah buat some major renovation so kali ni datang nampak lain la sikit.

Street performers masih sama, yang unik-unik belaka, ada budak kecil, Korean guys even yang Abo pun ada juga. Masing-masing menunjukkan bakat yang ada sambil mengharapkan tips dari orang ramai.

Tak dapat menahan diri melihat kedai Typo ni, sedangkan kat Malaysia pun dah banyak dibeli, inikan pulak disini.

Shopping kasut raya dulu la sepasang dua

Kedai favourite mereka-mereka ini bila ke Rundle Mall. Ni pun sibuk nak menyinggah kononnya nak tengok-tengok aje, ye la tyu, udahnya tersangkut juga beberapa jersey kat sini kan.

Antara yang tersangkut, jersey Adelaide United, World Cup Rugby yang tengah 50% off, seluar track sekolah the boys, Man U punya jersey dan entah apa-apa lagi yang diborong dalam ni.

Ni kedai kegemaran I bila berkunjung ke Rundle Mall, well kedai ni ada juga di tempat lain so singgah jugaklah sambil melihat-lihat gadget-gadget dapur untuk memudahkan kerja dapur. Harga not so bad, still affordable juga.

Harga KitchenAid masih sama, tiada perubahan

Oh my, oh my. Berpinar bijik mata den ni hah,,,waduh-waduh bikin gugur jantungku dibuatnya. Kenapalah masa we all masih ada disana tak ada benda-benda ni, kalau tak, dah lama ku sumbat masuk kontena.

Dah banyak kiosk di Rundle Mall no, even kedai bunga pun dah banyak dah.

Cantik-cantik nampak bunga-bunga yang sedang berkembang mekar, maaflah yer I tak berapa reti nama-nama bunga ni, yang kenal bunga ros, orkid, daisy serta bunga matahari sahaja.

Anak-anak harus menyinggah ke Smiggle kejap, nak tengok apa yang nak dibawa balik Malaysia.

Kegilaan remaja zaman sekarang, Nike Air Jordan. The boys dah ada sepasang, tapi sekarang dah tak muat dah. Dah alang-alang datang Adelaide, kita teruslah cari kasut raya pulak.

Footlocker pun dah semakin besar dah

As for Mummy, tengok Doc Mart terasa tak keruan di dalam diri ini. Tambah lagi bila ada pulak yang buat harga runtuh..iskh..iskh

Stok sabun mandi dan wangian dah lama kering sejak beberapa bulan yang lepas. Pi Singapore mencari tapi jarang jumpa kedainya. So kita borong la lagi berkilo-kilo angkut bawak balik Malaysia nak wangi-wangi after berlengas berpeluh panas di KL nun.
 

2 comments:

  1. Assalam gina,
    borong3
    jangan tak borong he3

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam
    Hahahahha, borong sampai pening kepala nak bawak balik barang

    ReplyDelete