Nuffnang Ad

Saturday 4 April 2015

Sunday Market

Ahad minggu pertama sampai, terus la bangun seawal pagi untuk menuju ke Sunday Market, aktiviti sama seperti dulu. Itu antara tujuan datang ke Adelaide ni selama 2 minggu so sempatlah merasai pengalaman ke Sunday Market untuk 2 tempat yang berlainan.

Rezeki terpijak, bila dapat jumpa Corningware 5 liter dengan harga AUD2 kira-kira RM6 ringgit sahaja. Mengumpul Corning adalah satu kegilaan buat warga Malaysia di Adelaide, sampai ada yang bawak balik berkotak-kotak hasil pencarian di Sunday Market dan juga di garage sales. Ada juga yang jumpa di thrift shop. Itu yang jumpa second hand, yang angkut beli baru lagi kalau pergi Mebourne atau bila BigW ada buat sale, hah berkotak-kotaklah bawak balik, samalah dengan tuan punya blog ini.

Buku-buku novel memang banyak dijual dengan harga yang murah, ada tu nampak  baru tapi dijual dengan harga hanya RM6 sahaja. Hmm, bila memikirkan balik dengan flight aje kalau pikir boleh angkat masuk kontena, maunya beli banyak-banyak.

Cuaca pun Alhamdulillah, sangat panas walaupun pada awal pagi tu agak sejuk dengan angin yang gak kuat juga.

Seronok la tiga beranak ni pergi Sunday Market, sambil tengok toys and barang-barang yang menarik perhatian mereka.

Setiap booth yang jual toys, sure singgah and belek-belek kejap

Aduh !!! besarnya banana bread dia, makan separuh pun dah kenyang dah. Sedapnya if dapat toast and letak butter, makan bila butter tu agak cair...mak aii sedap !!!

Percubaan untuk membeli telescope pulak, nak melihat anak bulan bila nak puasa dan raya nanti gamaknya.

Dah settle berpusing beberapa pusingan di Sunday Market, barulah teringat perut dah terasa lapar so teruslah menuju ke tempat yang sering we all breakfast dulu, dekat aje pun dengan Sunday Market ni hah. Tapi masa sampai tu, nampaklah segerombolan mat-mat motor Harley dok kat situ, nak berkonvoi gamaknya.

Biasalah, hari Ahad then cuaca pun baik so berkonvoi la kemana sahaja bersama kawan-kawan.


Villi's adalah tempat breakfast kegemaran we all sekeluarga, selalunya lepas aje ke Sunday Market, then terus makan disini sebabnya tak lama lepas tu nak ke padang bola pulak untuk tournament anak-anak.

Scrambled eggs, pancake with ice-cream, beef rendang pie antara menjadi pilihan. Memang sedap, tambah sedap minum dengan hot latte, mmg terbaik lah.

Untuk minggu Ahad ke dua pula, kali ni lagi awal keluar rumah dari Ahad pertama, nampak gelap lagi even As and Midi pun masih tidur lagi dirumah.

Kali ni pergi, tak banyak yang menarik perhatian walaupun gerai agak banyak. Rasanya barang yang dijual pun agak sama eg baju, buku, mainan toddlers even besi-besi buruk aje.

Nice !!!

Salah satu healthy lifestyle dengan mencapurkan air kelapa di dalam minuman serta makanan mereka. I pun ada beberapa resepi menggunakan air kelapa tapi masih belum mencuba lagi.


2 comments:

  1. Assalam gina,
    he3
    sonoknya uols dapat melepaskan gian gitew kan3 he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam
      Gian yang tak dapat diubati lagi ni

      Delete