Nuffnang Ad

Wednesday, 28 October 2015

The 7th birthday party

Lama betul nak update cerita dari sambungan pertama. So dah sebuah persiapan, inilah hasil candy buffet yang dibuat 100% termasuklah cake nya sekali. Simple aje, mungkin kalau berbulan-bulan punya persiapan mesti lagi banyak nak buat. Ini pun penat, apatah lagi nak menambah yang lain.

Kali ni ada kelainan sikit, kita order makanan dari food truck yang sedang melonjak naik namanya, The Boys Food. Nanti I buat review pasal food truck ni, makanan memang sedap-sedap, kalau tak takkan sampai keluar program Jalan-Jalan Cari Makan untuk TV3, kan.

Ada juga kami sediakan mihun sup, kuih muih dan juga teh tarik untuk tetamu makan puas-puas. Takut ada yang tak kenyang just makan sandwich aje, kan.

Hujan di luar, tak begitu lebat so kita buat game di indoor ajelah. Tapi sekejap aje hujannya, lepas berjerit pekik dalam rumah, aktiviti disambung ke luar pulak. Kesian tetamu dewasa, menahan telinga dengan pekikan dan juga jeritan anak-anak.

Ada beberapa rakan kelas Ryan yang datang, ini aje yang sempat diambil gambarnya. Kawan satu row dalam kelas, Adib namanya.

As usual la kan, Daddy Jack yang banyak uruskan semua hal games untuk anak-anak yang datang. Dia yang buat preparation semua, so dia la yang layankan. I incharge para ibubapa dan juga tetamu yang lain.


Sibuk sangat main games, sampai lupa nak potong cake while langit dah semakin mendung.

Happy 7th Birthday, Rayyan Irfan. Semoga menjadi anak yang soleh, dimurahkan rezeki, berjaya di dalam pelajaran serta menjadi insan yang berperibadi tinggi.

Goodies bag harus la ada, kali ni kena bahagikan antara boys and girls, kang kesian tertukar pulak.

Pinata pun jadi satu kemestian juga. Berebut-rebut anak-anak menunggu apa yang ada di dalam ni, selalunya we all letak macam-macam jenis gula-gula, so nasiblah sapa yang dapat gula-gula yang best tu.

Terima kasih buat semua tetamu yang datang, anak-anak seronok, mak ayah pun seronok juga berjumpa sesama mereka sambil makan, makan dan makan lagi.

Bila tetamu dah balik, baru teringat ada hadiah yang diberikan. Walaupun mata dah mengantuk namun demi hadiah tetap menahan dari mengantuk tu.

Kasi susun ikut saiz untuk senang nak buka and kenalpasti siapa yang bagi.

Ni hadiah yang paling disukai sekali, koleksi Ninjago yang bertambah. Rasanya hadiah dari adik I yang bongsu, Hannan.

Memang dari dulu lagi dia mintak nak game carrom ni tapi we all tak pernah belikan tau-tau dapat hadiah ni, seronok la member kan.

Bangun tidur esoknya, lepas mandi dan breakfast terus la mencapai carrom untuk main. Puas hati dapat main sampai ke petang, makan pun nak cepat-cepat aje.

Masa birthday semalamnya, we all ada buat kambing golek so lebihan tulang kambing golek tu I buat sup kambing ajelah, sayang tengok isi banyak lekat kat tulang-tulang tu, so malas nak masak lebih-lebih, makan sup tulang dengan nasi ajelah.

By petang tu, sup pun dah habis so kenalah juga mencari makanan lain. So nak cepat, makan McDonalds ajelah, lagipun dekat dengan rumah. Dah habis majlis barulah terasa penat, tapi gembira bila majlis berjalan dengan lancar dan tetamu pun suka. Terima kasih kepada yang sudi datang, Insyallah, lain kali kita buat party lagi ya.

Wednesday, 21 October 2015

Pre birthday

Last week we all celebrate birthday Ryan yang ke 7. Tahun lepas buat sambutan di Montessori sahaja so tahun ni dah masuk Primary One kenalah buat dirumah sambil ajak kawan-kawan kelas datang. As always, kalau nak buat birthday party, persiapan memakan masa sebulan untuk memikirkan konsep serta temanya.

So tahun ni tak memilih tema sukan, tapi mengguna pakai tema yang sama masa we all duduk di Adelaide dulu...LEGO masa birthday Ryan yang keempat, tapi masa tu tu Lego Ninjago jadi pilihan tapi kali ini just LEGO, tak ada mana-mana pilihan.

Persiapan dibuat selama seminggu. dah mengumpulkan bahan-bahan dari internet serta mengolah apa yang patut so mixer pun kembali beraksi sampai malam hari.

Kad pun diedarkan kepada kawan-kawan kelas dan juga saudara mara. We all tak buat besar-besaran macam di Adelaide dulu, cos masa dan tempat agak terhad. Kalau di Adelaide dulu boleh buat kat park, even yard belakang pun besar sini dengan hujan tiap-tiap petang so memang kena plan betul-betul.

Baru nak guna coffee machine yang dibeli di Adelaide, tahun 2012 gamaknya. Ni baru nak guna. Best juga sesekali guna barulah terasa macam berada di cafe.

Sugar cookies adalah salah satu benda yang perlu ada setiap kali birthdays. Pertama kali membuatnya waktu di Adelaide dulu so sampai sekarang masih membuatnya lagi. Menggunakan resepi yang sama dan cara yang sama juga. 

Sesekali break temankan Ibu pergi lunch di luar, selalunya dekat area Melawati ajelah.

 Edible chocolate using the silicon tray dah siap, Lego Man and Lego Block.

Daddy Jack incharge dengan segala decorations semua dan juga games untuk tetamu kecil yang datang.

4 hari sebelum majlis dah start decorate the cookies, dah macam main playdough pulak rasanya.

Jadilah LEGO character sugar cookies walaupun sampai tersengguk membuatnya. Nak kena buat sampai 40 paxs so memang memakan masa yang agak lama.

Lego cookies block pun dibuat juga

Edible chocolate yang dijadikan doorgift untuk para tetamu nanti.

Dah siap semua, sementara menantikan tetamu hadir sempat la membuat candy buffet table ni. Ini pun belum siap sepenuhnya sebab belum letakkan cake di tempat cake tu. Nanti kita sambung masa majlis berlangsung ya.

Monday, 19 October 2015

Foodmania

Biarlah gambar-gambar ini berbicara ya...
Hasil masakan ataupun hidangan yang dibeli di kedai sahaja.



Pisang goreng cheese


Makanan yang dibeli dari pasar malam, semestinya Yong tau foo, mee bakso, tau fu fah

Ikan pekasam goreng, tambah cili api, bawang bear dan perahan limau, makan sampai berpeluh.

Minum petang, bubur caca bersama keledek

Dah makan macam-macam, jangan lupa minum air masak. Now, Im so crazy dengan air detox ni, bila minum memang ringan sikit badan bila semua kotoran pun keluar melalui peluh dan juga air kencing.


Avo toast with tuna and grilled pineapple




Kalau ada pisang lebihan, mulalah aktiviti membuat cekodok pisang sambil minum dengan teh o panas.

Tandoori peha dengan teh tarik terbaik dari NZ Curry House


Rutin memasak tak macam duduk di Adelaide lagi, masih ada lopong-lopong yang makan di luar especially makan roti canai pagi-pagi. Insyallah, perlahan-lahan akan cuba kurangkan aktiviti makan di luar untuk keselesaan poket sesama kita.