Menarik betul pemandangan bangunan pencakar langit di AKLEH ni, selalunya we all kalau ke mana-mana ikut sini ajelah sebab senang dan cepat, malas nak menempuh jem tu lama-lama, rimas rasanya.
Kali ni tak ke KLCC, tapi ke Sungei Wang Plaza, menjari game PS4 untuk the boys. Daddy Jack cakap di Wangsa Walk mahal sikit so kena cari kedai biasa di Sg Wang.
Dah alang-alang sampai ke Bukit Bintang tu, meh la kita makan nasi ayam glamour di sini, Nasi Ayam Chee Meng. Rasa masih sama macam I kerja di Jalan Sultan Ismail dulu, tak mengecewakan.
Set PS4 yang dibelikan oleh Ayah sempena birthday Ryan yang ke 7.
Sementara the boys sibuk main game baru beli, I pun bersilat di dapur untuk masak Mee Bandung untuk makan malam.
Malam tu juga, badan Ryan agak panas juga, check temp lebih kurang 38, so memang kena berbungkus dan berjaram dengan asam jawa. Sesekali kena sponging juga untuk meredakan kepanasan badannya. Alhamdulillah, 2 hari kebah dah demamnya.
No comments:
Post a Comment