Tak pernah terpikir diri I ni akan terlibat dengan aktiviti lasak, selalu yang paling lasak pun join cross country, itupun time sekolah menengah dululah. Sejak masuk universiti, kahwin memang taklah adventure sangat cos Daddy Jack pun not that type of person. So kali ni kita mencuba sesuatu yang baru yang bertempat di Shah Alam. Apa-apa pun kena breakfast dulu. Kalau ke Shah Alam ni kenalah breakfast di Khulafa, pekena roti telur dengan teh tarik memang sedap la rasanya macam time keje di Unisel dulu.
Dulu masa kita sama-sama kerja di Shah Alam, sinilah tempat breakfast sebelum masuk kerja sampaikan mamak pun dah tahu menu fav kitaorang suami isteri. Restoran yang terletak di Seksyen 7 ni, sekarang tempat ni pun dah banyak berubah, banyak kedai-kedai baru yang dah dibuka. Restoran Jovian pun di area sini jugak.
Adventure yang pertama kali semenjak sekolah menengah. Kali ini berkunjung ke Skytrex Shah Alam untuk ambil mood release tension sebelum masuk sekolah balik.
Stage pertama sebelum ke bahagian yang sepatutnya, kira macam training dululah, itupun dah dup dap dup dap jantung dibuatnya. Adrenalin rushnya sangatlah laju sampai rasa macam dah nak give up dah.
Dah faham cara dan teknik yang betul barulah ada confident sikit.
Ready for adventure !!
Dah beberapa halangan dilepasi, so barulah ada keyakinan diri mengatakan apa jua halangan yang melanda, kita kena hadapi dengan tenang dan positif, Insyallah.
Dah lepas semua rintangan, Alhamdulillah terasa tak sangka kita dapat buat aktiviti-aktiviti yang lasak ini. Lain kali nak ajak the boys datang sinilah, buat aktiviti bersama-sama.
Malam memang tak larat dah nak masak so dinner di Serai Pavillion ajelah. itupun badan dah lenguh sana sini, barulah terasa sakit-sakitnya. Tapi gembira dengan semua aktiviti yang dilakukan.
No comments:
Post a Comment