Macam ni la life as a soccermom setiap minggu, penuh aktiviti seawal pagi. Kalau tak training di Desa Melawati ke New Camp di Bandar Utama untuk tournament pula. Seawal pukul 7am dah bergerak keluar rumah macam hari sekolah pula. Kalau awal, sempat la breakfast dulu di mana-mana mamak sekitar yang terdekat.
Sekarang cuaca dah makin okay, tak sepanas macam dulu. So redup sikitlah pagi-pagi tak perlu nak berjemur sampai legam dah masing-masing.
Seperti biasa, Head Coach bertunggu di tepi padang la, I just duduk tepi padang sambil layan lagu ipod aje.
Kalau dah letih, mana nak masak dah. So balik rumah, mandi kasi siap-siap and then terus keluar makan. Kalau lapar sangat, carilah Brunch kat hotel then makan sampai petang. Masa tu bolehlah prepare untuk dinner pula.
tengok makanan tu betul-betul membuatkan saya terliur
ReplyDelete